Merancang Pergi Bercuti? Ini Tawaran Istimewa Buat Kamu - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Merancang Pergi Bercuti? Ini Tawaran Istimewa Buat Kamu

Merancang Pergi Bercuti? Ini Tawaran Istimewa Buat Kamu

Sudah lama terperuk di rumah? Berita baik untuk kamu. Klook mengumumkan pelancaran Klook Travel Fest, pameran pelancongan unik yang menyatukan pelancongan, keseronokan dan komuniti tempatan.
Foto: Depositphotos

Klook Travel Fest menampilkan seni, hiburan, muzik dan pengalaman budaya yang terulung dari seluruh dunia dan bakal berlangsung di MITEC. Ia adalah acara pertama di Malaysia secara eksklusifnya menyasarkan segmen pelancong persendirian (FIT).

Di Klook Travel Fest kamu berpeluang menikmati program dan aktiviti yang direka khas untuk memenuhi cita rasa pelancong. Pelbagai segmen menarik ditawarkan serta permainan, hadiah percuma, sesi perkongsian, pengalaman interaktif yang mesra-Instagram dan tawaran pelancongan serta diskaun eksklusif yang tiada bandingan.

Di samping itu, travel junkie Klook akan bertugas di kiosk Ask Klook bagi membantu merancang perjalanan percutian kamu.

“Kami amat teruja untuk memperkenalkan Klook Travel Fest di Malaysia untuk rakyat Malaysia yang celik IT dan suka mengembara. Mahupun kamu tercari-cari tawaran pelancongan yang menarik, merancang perjalanan percutian hujung tahun kamu, atau mencari inspirasi untuk percutian yang seterusnya, Klook Travel Fest berazam memenuhi permintaan dan cita rasa setiap pengunjung,” kata Pengarah Pemasaran Serantau Klook, Marcus Yong.

Kamu juga akan terhibur dengan teater bertemakan sejarah oleh Encore Melaka, persembahan gendang Taiko Jepun oleh Wadaiko Syo, dan pergerakan tarian K-Pop oleh kumpulan tarian Kueendom & Kingsman.

Jumpa Cosmo di KlookTravel Fest pada 28 November bermula 11.30am okey!

Tubuh saja genit, tapi suara saya satu dewan boleh dengar (macam tertelan speaker!). Seorang yang periang dan suka record diri sendiri memasak, sesuailah dengan column saya – Lifestylist. Lavish holiday is so me. Nampak macam manja tapi can get the job done. Saya kaki karaoke dan orang kata suara saya seperti Ning Baizura. When it comes to navigation, I am the best!

Lifestylist