Meghan Markle Alami Serangan Panik Kerana Kecaman Wartawan UK
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Meghan Markle Alami Serangan Panik Kerana Kecaman Wartawan UK

Meghan Markle dan Prince Harry telah pun memulakan kehidupan baru di Kanada. Sejak mengumumkan mereka bakal mengundurkan diri daripada tugasan Diraja, kecaman yang diterima Meghan semakin banyak.
Foto: Town and country magazine

Ketika Meghan menjalankan tugasan Diraja, dia terpaksa berdepan dengan tabloid yang tidak adil, racist dan negatif tentang dirinya hampir setiap hari. (Lihat saja kisah yang ditulis tentangnya for no reason at all.) Sehinggakan, dia pernah memberitahu seorang wartawan yang dia merasa sangat “vulnerable” berdepan dengan semua ini.

Satu laporan baru daripada Us Weekly mendedahkan kisah yang lebih menyedihkan mengenai kehidupan Meghan sebagai kerabat. Berdasarkan sumber majalah itu, Meghan tidak mahu keluar dari rumah kerana khuatir akan mendapat lebih banyak berita negatif daripada wartawan. Mereka berkata dia “felt trapped and claustrophobic” dan menderita daripada serangan panik kerana tekanan yang dialami.

Dengan berpindah ke Kanada, Meghan kini merasa lebih tenang. Sumber tersebut menambah, “Meghan sangat gembira dapat melarikan diri daripada negativiti yang ada di London. Dia merasa seperti orang baru.” Meghan juga dilaporkan gembira kerana tidak perlu lagi mematuhi protokol Diraja yang sudah ketinggalan zaman itu. “Meghan boleh keluar dengan hanya memakai seluar yoga dan tidak dikritik kerana tidak mematuhi dress code. Dia merasa lebih relaks dan suka berjalan dengan wajah segar tanpa sebarang mekap,” tambah mereka.

Nampak gayanya keputusan Meghan dan Harry untuk berpindah ke Kanada adalah tepat kerana mereka kini lebih gembira, mental dan fizikal.

Artikel asal: Shannon Barbour (Cosmopolitan.com)

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker