#MCO - Miley Cyrus Anjur Live Show Di Instagram!
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

#MCO – Miley Cyrus Anjur Live Show Di Instagram!

Perintah Kawalan Pergerakan a.k.a MCO memang buatkan kamu resah, sedih, rasa terkongkong, bosan dan bermacam lagi, kan? Sampai dah tak tahu apa nak buat.
View this post on Instagram

Tomorrow on #BrightMinded #LiveWithMiley #WomensWednesday ? @reesewitherspoon @hilaryduff @beberexha @dualipa

A post shared by Miley Cyrus (@mileycyrus) on

Demi memastikan peminat kesayangan tak bosan di rumah, beberapa selebriti Malaysia dan Hollywood menganjurkan aktiviti live di Instagram. Begitu juga Miley Cyrus. Mengakui mengalami serangan panik dan keresahan kerana virus covid-19 yang semakin menular, Miley tampil dengan live show Bright Minded!

View this post on Instagram

Tomorrow on #BrightMinded #LiveWithMiley ????

A post shared by Miley Cyrus (@mileycyrus) on

Bright Minded menampilkan Miley sebagai moderator dan menjemput rakan-rakan selebriti terkenal untuk bersiaran bersamanya. Memang layan! Episod pertama yang bermula seminggu lalu menampilkan seorang doktor psikiatri, Dr Amen dan mereka bincangkan isu kesihatan mental.

Mendapat sambutan hangat, Miley meneruskan dengan episod kedua bersama Demi Lovato. Menariknya, Miley dan Demi sebelum ini memang bergaduh dan mereka telah berbaik semula dan berborak tentang kerjaya, kesihatan mental dan topik body shaming.

Antara selebriti lain yang telah bersiaran bersama Miley ialah Dua Lipa, Reese Witherspoon, Bebe Rexha, Antoni, Hailey Bieber, Emily Osment, Amy Schumer, Rita Ora, Hillary Duff dan ramai lagi.

Cosmo memang tak lepaskan peluang menonton IG LIVE Bright Minded walaupun siarannya pada lewat malam waktu Malaysia. Untuk kamu yang tak mahu lepaskan peluang, boleh check out Instagram Miley untuk jadual episod seterusnya. Apa pun jangan lupa #WashYourHands dan #StayAtHome.

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness