Cuba 5 Resipi Mudah Daripada Chef Profesional Ini - Page 5 of 5 - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cuba 5 Resipi Mudah Daripada Chef Profesional Ini

Cuba 5 Resipi Mudah Daripada Chef Profesional Ini

Sepanjang tempoh MCO ini, mungkin kamu sudah jemu dengan masakan harian atau pesanan makanan dari restoran... Jadi apa kata kamu cuba resipi profesional ini di rumah, dapatlah tingkatkan skill kulinari kamu seperti master chef!

Foto: Pinterest

Nota: Resepi berikut menunjukkan untuk hidangan seorang.

5 of 5Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

Sydney Cheesecake

Foto: Hilton Sydney

Bahan-bahan

Dasar kek:

1 3/4 cawan serbuk biskut graham

1/2 cawan mentega tanpa garam (unsalted butter) lembut, serta tambahan untuk memberus

1/3 cawan gula

Kek keju:

1/2 kanji jagung

1/2 cawan air

2 cawan krim pekat (heavy cream)

3 1/3 cawan krim keju

1/2 cawan gula

2 kacang vanila – biji benihnya dikikis

1 sudu teh ekstrak vanila

3 telur medium

1/4 cawan krim masam/yogurt

Cara-cara

1. Panaskan oven kepada 149°C. Balut garis bawah springform pan lapan inci dengan aluminium foil. Berus tapak dengan mentega yang dicairkan.

2. Untuk membuat dasar kek:

a. Campur semua bahan ke dalam mangkuk dengan tangan sehingga ia diadun dengan baik.

b. Tekan campuran biskut graham dengan kuat pada bahagian bawah dan tepi bekas kek.

c. Letak di atas dulang pembakar (shallow dish baking) dan bakar dalam oven yang dipanaskan sehingga 15 minit.

d. Selepas itu, biar springform pan dalam dulang sehingga ia sejuk kepada suhu bilik.

3. Rendahkan suhu oven kepada 129°C.

4. Kacau sekali kanji jagung dan air sehingga larut.

5. Reneh krim dalam periuk saucepan pada suhu panas sederhana. Perlahan-lahan pukul dalam kanji jagung yang dilarut. Kacau sehingga campuran pekat, kemudian tapis campuran ke dalam mangkuk. Letak ke tepi.

6. Adun krim keju dengan pengadun elektrik. Adun sehingga sebati.

7. Tambah telur satu demi satu mengikut satu masa, kacau dengan spatula atau scraper pada bahagian tepi dan bawah mangkuk pada setiap tambahan telur.

8. Tuang krim campuran pekat dan kacau sehingga sebati.

9. Tabur setengah biskut graham yang diadun di atas dasar kek.

10. Tuang adunan.

11. Ketuk pan untuk mengeluarkan buih udara. Letak baki serdak biskut graham di atas pan.

12. Tuang air panas di sekeliling springfoam pan dalam dulang pembakar.

13. Bakar dalam oven selama dua jam atau sehingga kek mengeras tapi masih bergoyang (jiggly) di bahagian tengah. Biarkan ia sejuk pada suhu bilik sebelum disejukkan semalaman.

14. Hiaskan krim putar, kepingan biskut graham dan beri segar serta buah-buahan lain di atas kek keju yang sudah siap.