Cuba 5 Resipi Mudah Daripada Chef Profesional Ini - Page 4 of 5 - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cuba 5 Resipi Mudah Daripada Chef Profesional Ini

Cuba 5 Resipi Mudah Daripada Chef Profesional Ini

Sepanjang tempoh MCO ini, mungkin kamu sudah jemu dengan masakan harian atau pesanan makanan dari restoran... Jadi apa kata kamu cuba resipi profesional ini di rumah, dapatlah tingkatkan skill kulinari kamu seperti master chef!

Foto: Pinterest

Nota: Resepi berikut menunjukkan untuk hidangan seorang.

4 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Hawaiian Poke Bowl

Foto: Hilton Sydney

Bahan-bahan

120g kualiti sashimi ikan (dipotong kiub 1cm – tuna dan salmon)

150g nasi (nasi putih sushi)

Kuah (dressing)

45g pes gochujang (pes cili Korea)

15g gula

30ml cuka nasi

15ml minyak bijan

30g kicap

3g ulas bawang putih (dicincang)

5ml jus limau

Hiasan:

30g Avokado (dipotong kiub)

20g timun (dipotong kiub)

20g lobak (dipotong kiub atau dihiris)

5g lobak putih (dihiris)

10g campuran hijau salad (potong dengan saiz kecil) atau daun selada (iceberg lettuce)

Cara-cara

1. Letak semua bahan dressing ke dalam mangkuk dan kacau sebati.

2. Untuk mangkuk hidangan, letak nasi yang dimasak dan ikan mentah di atasnya.

3. Susun semua hiasan makanan ke dalam nasi dan ikan. Selepas itu, letak dressing di sebelahnya.