Cuba 5 Resipi Mudah Daripada Chef Profesional Ini - Page 3 of 5 - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cuba 5 Resipi Mudah Daripada Chef Profesional Ini

Cuba 5 Resipi Mudah Daripada Chef Profesional Ini

Sepanjang tempoh MCO ini, mungkin kamu sudah jemu dengan masakan harian atau pesanan makanan dari restoran... Jadi apa kata kamu cuba resipi profesional ini di rumah, dapatlah tingkatkan skill kulinari kamu seperti master chef!

Foto: Pinterest

Nota: Resepi berikut menunjukkan untuk hidangan seorang.

3 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Spaghetti Carbonara

Foto: Conrad Contennial Singapore

Bahan-bahan

100g smoked beef

50g keju pecorino (diparut)

50g keju parmesan (diparut)

3 telur kuning

350g spaghetti

2 ulas bawang putih (dicincang)

50g unsalted butter

100ml krim masak (cooking cream)

Lada segar yang dipotong

Garam

Cara-cara

1. Didihkan air di dalam periuk besar.

2. Potong 100g smoked beef.

3. Dalam mangkuk yang bersih, parut keju pecorino dan parmesan dan kacau.

4. Dalam deep pan, apabila air sudah mendidih, tambah satu teh sudu minyak zaitun ke dalam air.

5. Letak garam secukupnya ke dalam air.

6. Tambah pasta sehingga ia masak secukupnya.

7. Sementara menunggu pasta dimasak, ambil kuali leper dan masukkan smoked beef.

8. Mula memasak dengan api sederhana, kacau smoked beef sehingga perang keemasan.

9. Selepas ia dimasak, tambah bawang putih yang dicincang.

10. Masukkan keju, telur kuning dan krim masak untuk menjadi lebih berkrim atau tekstur pekat yang dipanggil sebagai liaison.

Tip: Jangan masukkan terlalu awal, ia akan cepat kering. Pengemulsian kualiti telur kuning diperlukan untuk pasta.

11. Perlahankan suhu api pada smoked beef.

12. Apabila pasta sudah masak, angkat pasta dengan penyepit dan masukkannya ke dalam pan tadi.

Tip: Jangan risau sekiranya terdapat titisan air dalam kuali dan jangan buang air pasta terus.

13. Matikan api. Tuang krim pekat (liaison) dan kacau dengan penyepit supaya spaghetti tidak rosak.

14. Kalau pasta terlalu pekat, tambah satu sudu besar air (jangan tambah air pasta sebab ia masin).

16. Tambah lada yang dipotong dan garam (jika perlu).