Masa Untuk Cari Yang Luar Biasa - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Masa Untuk Cari Yang Luar Biasa

Masa Untuk Cari Yang Luar Biasa

Berbelah bagi memikirkan bagaimana untuk sambut tahun baru? Go out stay in? Parti atau tidak? Sama ada kamu mahu berparti di Bali, meraikan tahun baru dengan suasana laid back di Perth atau dengan bermandikan cahaya matahari di pantai Maldives, Cosmo senaraikan apa perlu kamu lakukan di spot pilihan kami ini.

Prev1 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

BALI, INDONESIA

Kamu telah buat pilihan yang tepat! Sambutan tahun baru di Bali memang tak dinafikan sangat happening. Berkumpul dengan orang tersayang dan nikmati makan malam sambil dengar live music di Seasalt Seminyak. Oh, sounds like a plan! Kalau mahu berpesta, Beach Clubs adalah spot paling menarik. Layari laman Facebook mereka untuk ketahui acara yang bakal diadakan. Pantai yang Cosmo sarankan untuk NYE adalah Double Six Beach atau Pantai Petitenget di Seminyak. Jika ingin ke Canggu, kamu boleh mempertimbangkan Pantai Berawa yang terletak berhampiran Finns.

The Samata, Sanur Buat kamu yang cintakan ketenangan dan mahu lari dari hiruk-piruk kota, The Samata Sanur adalah sebuah lambang kemewahan juga keindahan di Sanur. 10 Suite dan Pool Villas yang indah menghadap ladang sawah dan Lautan India yang menghijau cukup menenangkan dengan kemudahan sukan terkini, pelatih peribadi yang berpengalaman, spa yang nyaman dan restoran gourmet yang mementingkan kesihatan pengunjung sekali gus membantu kamu mengimbangi tubuh dan minda. Ia juga menawarkan tikar yoga percuma, airport transfer, kemudahan pelancongan peribadi dan perpustakaan dengan akses internet 24 jam! Yang Cosmo paling berkenan, kemudahan bilik mandi (luas dan menarik!) dan seleksi sabun buatan tangan, juga mini bar harian yang menyediakan minuman ringan percuma. Slurp! The Spa at Samata menampilkan empat bilik rawatan spa yang menyediakan pelbagai pilihan rawatan badan dan wajah, elok sangatlah bila pulang ke bilik setelah seharian berada di pantai.

A woman who always smiles. And can be very scary if you drive her mad. Selalu percaya kepada prinsip, Execution Is King. Sedang obses ‘bikin’ badan sebab tiada yang lebih menggembirakan setiap wanita bila mereka tampil sihat dan ONS. Lepas dah cantik, inilah masanya ‘tayang’ dengan menggembara. Mahu terbang sebanyak negara yang mungkin kerana… life is an adventure! I agree to live life like there’s no tomorrow.

Editor