Many, Many, Many Produk Kecantikan di Sephora - Page 5 of 5 - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Many, Many, Many Produk Kecantikan di Sephora

5 of 5Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

Favourites di Media Sosial

Tatcha dan Drunk Elephant adalah antara jenama penjagaan kulit yang baru menyertai Sephora Malaysia dan sebelum ini agak ditunggu-tunggu dan disebut-sebut ramai beauty enthusiasts! Sekarang dah tiba di Malaysia jadi bolehlah kita cuba. Tatcha The Liquid Silk The Liquid Silk Canvas Face Primer, RM230 adalah primer yang dirumus dengan ekstrak sutera untuk membantu solekan tahan lebih lama dan mengurangkan liang pori tersumbat dan kulit berjerawat. Drunk Elephant F-Balm™ Electrolyte Waterfacial Hydrating Mask, RM228 adalah pupur malam yang menyejukkan, menghidratkan serta memulihkan kulit dengan koktel electrolyte sambil menguatkan kulit dengan acid mantle.

We have loved semua produk Dr.Jart+ yang pernah kami cuba jadi kami tak sabar untuk cuba Vital Hydro Solution Biome Essence, RM230. Ia dikatakan dapat menenangkan kulit serta-merta. Siapa yang tak kenal Nudestix? Magnetic Lip Plush Paints Liquid Lipstick rona Bahama Mama, RM120 is the kind of nude yang kena dengan semua orang! Walaupun teksturnya velvety matte, ia terasa ringan dan tak mengeringkan bibir. Cosmo faham mengapa Dear Dahlia Paradise Shine Eye Sequins, RM135 menjadi kesukaan ramai. Ia mudah sangat untuk digunakan dan walaupun sequins (helo mata berkilat berkilauan) ia tidak terlalu in your face glittery tetapi memberikan kemasan kilauan lembut serta transparent yang cantik! Mudah pula untuk dioles tanpa memerlukan kemahiran tertentu!

Jadi adakah kamu teruja seperti kami dengan apa yang ada di Sephora musim bunga ini? Kamu hanya perlu browse sephora.my untuk melihat apa yang berkenan di hati. Mesti ada punya! Tapi ingat… #StayAtHome!

Pertama kali berjumpa orang akan ingat saya garang (memang pun!) dan sombong (langsung tak!)… Tapi bila buka mulut, semua ‘hancur’. Beauty is my passion but I keep me natural most of the time. Menyanyi dalam kereta adalah terapi saya. I love music and travelling, jadi sila ajak saya jalan-jalan. Jangan serabutkan otak dengan perkara negatif, belajar untuk ‘let it gooo, let it gooo…’, kamu akan menjadi seorang yang lebih bahagia.

Beauty Guru