Many, Many, Many Produk Kecantikan di Sephora - Page 3 of 5 - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Many, Many, Many Produk Kecantikan di Sephora

3 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Malam Yang Panjang (Memanjakan diri…)

Bila dah #MCO pastinya kamu pun tidur lambat (sebab siang kerja kamu tidur saja… lol!) dan punya lebih masa untuk memanjakan diri. Tie up your hair dengan Slip™ Midnight Collection Large Scruncie, RM180. Sebelum kamu kata apa-apa… Ia diperbuat daripada slipsilk™, kain sutera yang sama digunakan untuk sarung bantal award winning mereka, Slip™Pure Silk Pillowcase. Sutera gred tinggi mengurangkan lekuk pada rambut dan menjaga rambut daripada tertarik dan putus. Kemudian masa untuk kamu shower dengan Frank Body In Your Dreams Sleep Scrub & Soak. Skrub dua dalam satu ini ajaibnya akan buat kamu tenang dan bersedia untuk tidur. Mengandungi magnesium, garam epsom, lavender serta chamomile, kamu boleh pilih untuk sental atau berendam dengannya. Jangan tertidur dalam bathtub sampai pagi tau!

Dah “mengantuk-mengantuk, nak tidur mana”? Sabarrrrrr… You need skincare! Alpha-H Hyaluronic 8 Serum, RM133, adalah sintesis lembapan lapan bahan penghidratan dengan berat yang berbeza termasuk primalhyal ultrafiller dan hydranov, keduanya menganjalkan dan melicinkan kulit sambil membina takungan lembapan dalam kulit. Bagi pori-pori yang jelas terbuka itu, cuba Dr.Dennis Gross Alpha Beta® Pore Perfecting & Refining Serum, RM280. Kesannya kamu boleh lihat serta-merta ya. Serum tanpa silikon ini memberikan efek kulit filtered sambil merawat liang pori dan menghalang pembentukan blackheads.

Sudah? Belummmm… Lurutkan sedikit Joon Haircare Saffron Hair Elixir Pistachio + Rose Hair Oil, RM205 yang ringan dan cepat meresap untuk memastikan rambut tak kusut, tak serabai dan berkilauan. Dan sebelum kamu rebahkan tubuh ke tilam, semburkan sedikit This Works Love Sleep Pillow Spray, RM140 dengan natural superblend yang ada ylang-ylang dan patchouli untuk bantu kamu switch off dan turn on. Alamak! Confuse, nak tidur ke nak hmmm…?

Pertama kali berjumpa orang akan ingat saya garang (memang pun!) dan sombong (langsung tak!)… Tapi bila buka mulut, semua ‘hancur’. Beauty is my passion but I keep me natural most of the time. Menyanyi dalam kereta adalah terapi saya. I love music and travelling, jadi sila ajak saya jalan-jalan. Jangan serabutkan otak dengan perkara negatif, belajar untuk ‘let it gooo, let it gooo…’, kamu akan menjadi seorang yang lebih bahagia.

Beauty Guru