Makanan Kegemaran Kamu Ini Boleh Menurunkan Ghairah Seks! - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Makanan Kegemaran Kamu Ini Boleh Menurunkan Ghairah Seks!

Makanan Kegemaran Kamu Ini Boleh Menurunkan Ghairah Seks!

Pasti kamu tahu tentang afrodisiak, kan? Cosmo senaraikan beberapa makanan yang boleh menurunkan rasa ghairah di ranjang, jadi elakkannya okey!

Makanan Kegemaran Kamu Ini Boleh Menurunkan Ghairah Seks!

Foto: Depositphotos

Kopi

Ya, ia memang nikmat! Namun ia boleh menimbulkan rasa cemas hingga menyebabkan stress jika diambil secara berlebihan. Mengapa itu berlaku? Ia membahayakan kelenjar adrenalin yang menghasilkan hormon stress. Kalau sudah stress, bagaimana nak berseronok di ranjang, kan?

Keju

Menurut pakar nutrisi dan fisiologi olahraga dari New York, Shari Lieberman, PhD, keju dengan kandungan lemak yang tinggi boleh mengganggu alat sulit suami kamu untuk mengalami ereksi. Lebih-lebih lagi bila digabungkan dengan daging dan susu. Manakala untuk wanita, ia merangsang tubuh untuk melepaskan hormon xenoestrogen yang boleh menyebabkan ghairan seks menurun.

Makanan Dalam Tin

Biasanya ia mengandungi bahan kimia seperti sodium dan kalium yang boleh mengurangkan tekanan darah dalam tubuh, termasuk alat sulit suami.

Soya

Kacang soya membantu menjaga kesihatan organ intim wanita, namun kamu perlu berwaspada kerana produk soya yang melalui proses tertentu akan mengalami prubahan reaksi kimia. Soya mengandungi fitoestrogen yang kadangkala boleh mempengaruhi sistem keseimbangan hormon lelaki mahupun wanita. Sebaiknya, hindari soya jika mahu berasmara ya!

Minuman Bikarbonat

Selain boleh menyumbang kepada masalah gigi rosak, obesiti dan dehidrasi, pengambilan air bikarbonat yang berlebihan boleh menyebabkan sexual dysfunction.

Artikel asal: Rachelle Kandou (cosmopolitan.co.id)

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor