Mahu Tampil Lebih Yakin? Laugh More!
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Mahu Tampil Lebih Yakin? Laugh More!

Mahu Tampil Lebih Yakin? Laugh More!

Orang tua selalu pesan, “Jangan gelak banyak sangat nanti nangis.” Well we don’t know for sure if it’s true or not, tapi satu perkara yang Cosmo tahu adalah ketawa (or being silly) boleh buat kamu tampil lebih yakin.
Mahu Tampil Lebih Yakin? Laugh More!

Keyakinan adalah kunci kepada kejayaan. Tanpanya, kejayaan pasti akan runtuh bak bangunan yang tidak punya tiang yang kukuh. Sama ada keyakinanmu nampak secara terang-terangan atau dengan bersikap tenang dan tegas, ia adalah sifat yang setiap pemimpin tahu amat penting untuk meraih kejayaan.

Tapi tahukah kamu salah satu cara paling berkesan untuk bina keyakinan diri adalah dengan menerapkan sikap bersahaja persis stand-up comedian? Mengapa? You need to act silly every now and then, and take the comebacks from your silly behaviour. Dengan cara itu kamu belajar bagaimana untuk jadikan kritikan sebagai pemangkin kepada keyakinan dirimu. You will begin to walk, talk, and perform with heightened confidence.

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Mampu berinteraksi dan berhubung dengan lebih baik

Berjenaka dan bergelak tawa adalah cara terbaik untuk kurangkan stress sekali gus membuatkan kamu rasa tenang dan relaks. Apabila kamu bebas daripada tekanan, keyakinan diri akan meningkat. Being silly atau berkongsi jenaka dengan teman-teman atau kenalan baru mampu meningkatkan self-esteem kamu dengan berkesan.

Berjenaka juga bantu kamu menjadi lebih rapat dengan orang sekeliling kerana ia buatkan mereka berasa selesa denganmu. Dengan semula jadi mereka akan take their guard down apabila tahu yang kamu amat mudah didekati. Kamu akan mendapati bahawa orang lain lebih bersedia untuk berinteraksi dan berhubung dengan kamu.

Everyone likes to laugh and wants to be happy. Oleh itu, kesediaan kamu untuk berjenaka dan bergelak tawa bantu perbaiki mood, menghilangkan ketegangan dan membawa orang lain lebih dekat dengan kamu. This can lead to better networking and boost your confidence.

Kalau tak kenal nampak macam sombong, tapi bila dah kenal rupanya ‘gila-gila’ dan kaki sakat orang. A social butterfly in the concrete jungle that is Kuala Lumpur. Mudah bergaul dan sukakan cabaran serta hargai perbualan mendalam. Curious most of the time, sexy always. Put my best foot forward and is a perfect cocktail of Carrie and Samantha.

Love Expert