Mahu Berdiet? Baca Dulu Prinsip Intuitive Eating Ini - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
10 Prinsip Intuitive Eating

Mahu Berdiet? Baca Dulu Prinsip Intuitive Eating Ini

Intuitive Eating adalah kod untuk manusia lebih mengenali tubuh mereka secara pemakanan. Ini bukan pemakanan biasa-biasa ya, ia lebih menjurus untuk memuaskan kelaparan fizikal badan. Sesuatu yang sangat berbeza berbanding diet. Bila makan, kita mahukan perasaan bahagia, bukan rasa serba salah! Setuju?

LEMPARKAN MENTALITI DIET

Tahu tak, bukan semua tip dari ‘online expert’ sesuai dan berkesan ke atas badan kamu? Kebanyakkannya harapan palsu belaka… Setiap kali kamu rasa usaha diet mati di tengah jalan, jangan main lompat saja ke dalam diet baru! Sebaliknya banteras keras-keras mentaliti ‘kamu perlu diet untuk kuruskan badan’. Jika kamu masih berharap diet boleh betulkan keadaan, kamu masih belum bebas untuk menerima idea intuitive eating.

HORMATI PERASAAN LAPAR

Sudah menjadi lumrah manusia untuk berasa lapar. Bukan setakat manusia, haiwan dan tumbuhan pun ada perasaan lapar okey? Jadi percayalah kepada keperluan badan kamu. Bila perut kata lapar, terus makan ya… Kita makan untuk terus hidup.

JAGA HUBUNGAN DENGAN MAKANAN

Sebilangan diet hacks di luar sana menyuruh kamu berhenti makan sesetengah makanan yang mengandungi kadar kalori, gula atau garam yang tinggi. Semua itu memang betul, tapi membina halangan terhadap makanan menghilangkan kegembiraan ketika menjamu selera dan seakan bermusuh pula dengan santapan. Terus hilang mood untuk makan secara sihat. Jangan dengar suara yang mengatakan apa yang kamu patut dan tak patut dimakan.

ATASI FOOD POLICE

911 Hello… Siapa pula food police ni? Hmm… Dialah pemilik bisikan minda yang selalu herdik kamu bila makan satu bar coklat tapi beri lima bintang atas dahi bila kamu makan bijirin. Akhirnya kamu berasa serba salah untuk mengunyah snek kegemaran. Sekali lagi, kamu takkan berasa gembira dengan jadual pemakanan yang ketat ini.

BERHENTI BILA KENYANG

Perut manusia akan memberi satu isyarat bila tangki dah full. Isyarat yang muncul seolah-olah notification Instagram itu patut diberi perhatian kerana ia memberitahu kamu untuk berhenti mengunyah. Makanan pun mula rasa lain bila kita kenyang, kan? Stop! Jangan bagi lagi suapan paksa.

KENALI FAKTOR KEPUASAN

Cari jalan untuk membuat pemakanan kamu jadi memuaskan. Makanlah hidangan yang rasa sedap pada lidah sendiri. Tip: Duduk ketika makan! Bila kamu menikmati setiap saat menjamu selera, akhir cerita kamu bakal tahu bahawa kuantiti makanan bukan penentu kekenyangan dan kebahagiaan.

JAUHKAN EMOSI DARIPADA MAKANAN

Makanan memang menjadi mangsa kita melepaskan segala yang terbuku di hati. Setiap kali ada episod emosi tak stabil, memang makan sajalah kerjanya. Cosmo cadangkan kamu cari alternatif lain untuk membendung perasaan duka, marah, bosan, takut atau sunyi. Contohnya lakukan aktiviti seperti berjalan kaki atau hubungi rakan instead of makan sampai tak ingat dunia. Mana tahu kamu boleh dapat hobi baru?

RESPECT YOUR BODY

Buka hati dan minda ketika melihat diri kamu di cermin. Terima segala kecantikan dan kekurangan bentuk badan milikmu. Orang berkaki saiz lapan takkan pakai kasut bersaiz 10, betul tak? Susah untuk cakapkan tidak pada mentaliti diet jika kamu terlampau kritikal dengan tubuh sendiri. Tubuh kamu berhak terima penghormatan daripada tuannya supaya lebih yakin setiap hari.

SENAMAN – RASAKAN PERBEZAANNYA

Alihkan tujuan senaman kamu dari mahu kurus ke arah untuk berasa lebih bertenaga, dan aktif. Apabila kamu memberi perhatian sepenuhnya pada kebaikan ketika bersenam, kamu akan lebih menghargai setiap saat yang diluangkan. Penurunan berat badan hanya lah hasil selepas senaman tapi tak salah pun untuk kamu set a goal, right?

FAHAMI TAHAP KESIHATANMU

Buat pilihan makanan yang bersesuaian dengan tahap kesihatan dan yang memuaskan deria rasa. You don’t have to eat perfect to feel good. Takkanlah kunyah sepeket makanan ringan hari ini pun boleh jatuh sakit? Apa yang diamalkan secara konsisten saja yang boleh memberi kesan negatif atau positif. Ia progresif, bukan superlatif!

Kalau pertama kali jumpa memang seorang yang awkward tapi bila dah kenal, riang sebenarnya. Into deep conversation dan suka berjalan kaki sambil dengar lagu (Kuat berangan!). Ramai kata saya slow burner tapi in the end, semua tugasan berada di bawah kawalan. Psst... Jangan terkejut, saya pandai melukis dan menjahit!

Lifestylist