Lupakan Superhero MARVEL, Indonesia Kini Tampil Dengan Adiwira Tersendiri!
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Lupakan Superhero Marvel, Indonesia Kini Tampil Dengan Adiwira Tersendiri!

Indonesia melangkah setapak kehadapan daripada negara-negara serumpun apabila tampil dengan rangkaian filem adiwira tempatan.

Jika selama ini kita disogokkan dengan adiwira Hollywood samada daripada Marvel ataupun DC Comics, mungkin kali ini kamu bakal terpegun dengan watak-watak superhero dari negara Asia.

Indonesia telah memperkenalkan watak adiwira versi Marvel yang bernama BumiLangit Universe (BLU), adaptasi daripada komik tempatan. Sebagai pembukaan, BLU akan menayangkan filem adiwira pertama berjudul Gundala.

Watak Gundala digalas oleh aktor kacak Indonesia, Abimana Aryasatya. Pengarah filem itu, Joko Anwar berkata selepas Gundala, Bumilangit Cinematic Universe akan menerbitkan lapan buah filem adiwira mereka dalam masa lima tahun bermula tahun ini.

Antara filem itu selain Gundala ialah Sri Asih, Godam & Tira, Si Buta dari Gua Hantu, Patriot Taruna, Gundala Putra Petir, Mandala Golok Setan, dan Patriot. Kesemuanya diadaptasi daripada karakter komik tempatan yang telah beberapa dekad mendapat tempat di hati pembaca.

Prev1 of 19
Use your ← → (arrow) keys to browse

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness