Lily James, Wajah Baru Wangian Burberry - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Lily James, Wajah Baru Wangian Burberry

Pelakon British yang terkenal ini diangkat menjadi wajah baru pewangi My Burberry Black.

^B959FA8FDACE5F1FABE72519ADEA9CD2C22F73943CC3632715^pimgpsh_fullsize_distr

Burberry mengumumkan pelakon British Lily James sebagai wajah baru wangian My Burberry, juga menandakan ini adalah kempen pengiklanan global pertamanya. Debut Lily James untuk Burberry akan dipersembahkan pada bulan Ogos 2016 nanti dengan filem dan siri yang dirakam oleh Mario Testino untuk pelancaran global My Burberry Black, aroma baru yang sensual untuk wanita. Lily James mengikuti jejak langkah model Britain, Kate Moss dan Cara Delevingne yang juga wajah My Burberry.

“Saya teruja diberi pengiktirafan untuk menyertai keluarga Burberry. I am so proud to be British, so it really means a lot. Pengambaran kempen pertama saya ini begitu istimewa. I don’t want to give away too much tetapi saya rasa sangat seronok menampilkan sisi yang berbeza daripada diri saya sendiri … ” – Lily James

“Saya amat gembira kerana dapat bekerjasama seseorang yang lovely and clever seperti Lily James untuk kempen terbaru kami, My Burberry. Saya kagumi kerjanya sudah beberapa lama dulu dan sangat kagum dengan keanggunan dan kehangatan ketika kami bertemu, dan kami berbangga mempunyai peluang untuk bekerjasama dalam penggambaran ini bersama-sama.” – Burberry Chief Creative and Chief Executive Officer, Christopher Bailey

 

Tentang Lily James

• Seorang pelakon British yang telah membintangi banyak filem-filem dan siri televisyen termasuk karya Kenneth Branagh iaitu “Cinderella”, “Downton Abbey”, “War and Peace”  dan “Pride and Prejudice and  Zombies”.

• Lily akan memegang watak ‘Juliet’ di dalam teater adaptasi daripada filem “Romeo dan Juliet”, yang diarahkan oleh Kenneth Branagh dan Rob Ashford di Panggung Garrick di London sepanjang musim panas.

• Dia akan membintangi filem arahan Edgar Wright, “Baby Driver” bersama Kevin Spacey, Jon Bernthal dan Jamie Foxx, dan arahan David Leveaux pula, “The Kaiser’s Last Kiss”.

Tentang  My Burberry Black

• Ilham Christopher Bailey dengan kerjasama perfumer terkenal Francis Kurkdjian mengambil inspirasi

taman di London pada waktu senja, My Burberry Black adalah wangian baru menggoda yang menggabungkan aroma bunga melati dan pic nektar dicampur vanila dan candied rose.

• Wangian ini dihiasi di dalam botol kaca amber mewah yang mencerminkan detil hitam Burberry Heritage Trench Coat.

• My Burberry Black kini boleh didapati di Harrods dan Harrods.com dan boleh didapati di seluruh dunia pada Burberry.com, di Burberry Beauty Box dan outlet Burberry yang terpilih dari Ogos 2016.

Foto: Burberry

A woman who always smiles. And can be very scary if you drive her mad. Selalu percaya kepada prinsip, Execution Is King. Sedang obses ‘bikin’ badan sebab tiada yang lebih menggembirakan setiap wanita bila mereka tampil sihat dan ONS. Lepas dah cantik, inilah masanya ‘tayang’ dengan menggembara. Mahu terbang sebanyak negara yang mungkin kerana… life is an adventure! I agree to live life like there’s no tomorrow.

Editor