Langkah Pencegahan Covid-19 Di Tempat Kerja
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Langkah Penting Pencegahan Covid-19 Di Tempat Kerja

Jika kamu perlu ke tempat kerja kerana terlibat dalam perkhidmatan perlu (essential services), pastikan kamu mematuhi langkah-langkah pencegahan yang disarankan KKM.
Foto: Milken Institute

Pejabat perlu kerap melakukan nyahkuman atau disinfeksi permukaan yang mudah dicemari kuman seperti:

  1. Ruang kerja
  2. Kaunter perkhidmatan
  3. Tombol pintu
  4. Papan kekunci komputer

Sekiranya terdapat pekerja yang disahkan positif Covid-19, pejabat tidak perlu ditutup. Kerap lakukan nyahkuman atau disinfeksi.

Kamu juga perlu sentiasa lakukan rutin di bawah ini di tempat kerja:

  1. Basuh tangan dengan sabun dan air atau hand sanitizer.
  2. Jarakkan diri sejauh satu meter sekiranya bergejala dan nampak orang bergejala.
  3. Pakai penutup mulut dan hidung (mask) jika bergejala.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker