Lakukan Perkara Ini Setiap Pagi Untuk Kelihatan Seperti Gadis 18 Tahun
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Lakukan Perkara Ini Setiap Pagi Untuk Kelihatan Seperti Gadis 18 Tahun

Antara faktor kamu kelihatan berusia adalah kerana kondisi kulit wajah yang kusam dan tidak bermaya. Ditambah pula kamu malas bersolek setiap pagi ke pejabat.

Laman web Bright Side tampil dengan tip kecantikan yang mudah dan mampu menaikkan seri wajah terutamanya selepas bangun pagi. Of course kamu perlu mandi terlebih dahulu! Kemudian amalkan pupur ini setiap pagi selama dua minggu.

Apa yang kamu perlukan: Hanya serbuk kopi halus dan susu rendah lemak. Bukan untuk minum, tetapi sebagai pupur wajah.

Bahan yang diperlukan:

Serbuk kopi halus. Kamu boleh mendapatkannya di pasar raya ataupun minta sahaja pada kafe yang menggunakan mesin pengisar untuk membancuh kopi. Lagipun serbuk kopi tersebut akan dibuang selepas membancuh kopi. Jangan gunakan serbuk yang kasar, rosak pula kulit nanti!

Susu segar. Lebih bagus jika kamu menggunakan rendah lemak, kerana serbuk kopi menghasilkan minyak yang cukup melembapkan kulit kamu.

Cara penyediaan:

Campurkan serbuk kopi dengan susu segar dan gaul sebati menggunakan sudu sehingga menjadi pes yang pekat. Gunakan sudu untuk mengoles pupur ke wajah. Kamu juga boleh meletakkan beberapa titis minyak essential seperti minyak kelapa dara, minyak zaitun ataupun sedikit madu organik.

Elakkan mengoles pupur di bahagian mata dan bibir. Biarkan pupur kering dalam 15-20 minit dan bilas dengan air suam. Sebagai penutup bilas sekali lagi dengan air sejuk untuk menutup pori wajah. Kemudian jangan lupa oles serum dan krim pelembap sebelum memakai mekap.

Kebaikan

Pupur ini membuatkan wajah kamu segar, melancarkan perjalanan darah dan membaiki kompleksi kulit menjadi lebih sihat.

 

Foto: 123rf.com

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness