Lakukan 5 Perubahan Kecil Ini Untuk Atasi Kulit Kering - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Lakukan 5 Perubahan Kecil Ini Untuk Atasi Kulit Kering

Lakukan 5 Perubahan Kecil Ini Untuk Atasi Kulit Kering

Siapa kata kamu takkan alami masalah kulit kering jika tinggal di negara tropika? Jika kamu tidak menjaganya dengan baik dan sering berada dalam ruang berhawa dingin, jangan hairan jika kulit kamu terasa ‘ketat’ dan mungkin juga mengelupas. Cuba lima langkah di bawah ini untuk atasinya.

Lakukan 5 Perubahan Kecil Ini Untuk Atasi Kulit Kering

Foto: Depositphotos

1. Jangan kerap mandi air hangat

Mandi dengan air suam memang nikmat, lebih-lebih lagi bila cuaca sejuk. Namun, air hangat boleh menyingkir minyak semula jadi yang diperlukan untuk menjaga kulit agar tetap lembap dan halus. Jadi gunakan suhu air yang tidak terlalu panas dan jangan mandi lebih daripada 10 minit!

2. Guna sabun berumusan lembut

Jika kulit kamu sensitif terhadap alkohol atau wangian, cuba sabun lembut yang tidak memiliki sebarang haruman. Produk yang mengandungi deodoran atau bersifat antibakteria boleh mengeringkan kulit, lebih-lebih lagi jika kamu gunakan sabun dengan skrub untuk eksfoliasi.

3. Cukur bulu dengan cara yang betul

Jika ingin mencukur bulu bawah lengan atau ‘Miss V’, lakukan selepas kamu mandi, di waktu bulu lebih mudah dirapi. Gunakan shaving cream atau gel dan ikut arah bulu tumbuh untuk mengurangkan luka dan mengurangkan kehilangan minyak semula jadi. Pastikan juga mata pencukur kamu tajam, kerana razor tumpul boleh menambah iritasi.

4. Lindungi kulit daripada sinar matahari

Sun damage? No thanks! Cegah kerosakan kulit dan penuaan pramatang dengan mengaplikasikan sunscreen setiap hari. Three rules: Sapukan sunscreen dengan SPF 30 pada wajah dan tubuh, jangan lupa oles lip balm dengan SPF15, dan ingat untuk memakai topi kala berjalan-jalan di bawah terik matahari. 

5. Oles losen selepas mandi

Ingin menyerap kelembapan daripada moisturizer secara efektif? Selepas mandi, pori-pori kulit kamu lebih terbuka, jadi cepat-cepat sapukan krim atau moisturizing lotion setelah keringkan tubuh. Kamu juga boleh sapukan moisturizer setelah mencuci tangan dan wajah. 

Artikel asal: Kezia Calesta (cosmopolitan.co.id)

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor