Lady Gaga Umum Kolaborasi Bersama Blackpink
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Finally! Lady Gaga Umum Kolaborasi Bersama Blackpink

The bop is coming! Setelah banyak spekulasi, akhirnya semua telah terjawab. Ya, Lady Gaga akan berkolaborasi bersama Blackpink!
Foto: @Ladygaga Instagram

Gaga telah mengeluarkan senarai lagu untuk album terbarunya, Chromatica di Instagram dan ia mempunyai senarai kolaborasi yang hebat! Mereka akan berkolaborasi untuk lagu Sugar Candy.

Who's the best dancer in BlackPink? (Updated!)
Foto: Kpop profiles

Selain Blackpink, Gaga juga akan berkolaborasi bersama Ariana Grande untuk lagu Rain On Me dan Elton John untuk lagu Sine From Above.

Ini senarai penuh album baru Gaga:

  • “Chromatica I”
  • “Alice”
  • “Stupid Love”
  • “Rain On Me” (ft. Ariana Grande)
  • “Free Woman”
  • “Fun Tonight”
  • “Chromatica II”
  • “911”
  • “Plastic Doll”
  • “Sour Candy” (ft. Blackpink)
  • “Enigma”
  • “Replay”
  • “Chromatica III”
  • “Sine From Above” (ft. Elton John)
  • “1000 Doves”
  • “Babylon”

Album ini sepatutnya dilancarkan pada 10 April tetapi telah ditunda gara-gara wabak Covid-19. Gaga masih belum mengumumkan tarikh baru untuk pelancaran album ini. Harapnya secepat mungkin kerana Cosmo sudah tak sabar nak dengar!

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker