Kylie Jenner Kekal Sebagai "Self-Made" Billionaire Termuda Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Kylie Jenner Kekal Sebagai ‘Self-Made’ Billionaire Termuda Dunia

Forbes baru saja mengeluarkan senarai tahunan World’s Billionaire mereka. Kylie Jenner nampaknya masih lagi memegang takhta sebagai “self-made” billionaire untuk tahun ini.
Foto: Harper’s Bazaar

Antara bisnes yang menyumbang kepada kekayaan Kylie adalah Kylie Skin, Kylie Cosmetics dan reality show keluarganya, Keeping Up With The Kardashians. Kylie adalah salah seorang daripada 2,095 individu di dunia yang mempunyai ten-digit fortune.

Walaubagaimanapun, ramai pihak diluar sana yang mempertikaikan anugerah ini. Forbes menjelaskan “Kylie tidak mewarisi bisnesnya” sebab itulah dia didefinisikan sebagai “self-made”. Kylie pernah berkata, “Saya tak boleh katakan saya lakukannya seorang. Jika ia hanya tentang kewangan, ya, saya tak mempunyai wang yang diwarisi. Tetapi saya menerima banyak pertolongan dan platform yang besar.”

Ramai pihak yang mengecam Forbes kerana mengeluarkan senarai ini pada waktu ini, tetapi mungkin ada kebaikannya. Contohnya, individu-individu ini adalah figura berpotensi yang boleh menyumbang kepada Covid-19.

Artikel asal: Shannon Barbour (Cosmopolitan.com)

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker