Kylie Jenner Beli Rumah Agam Bernilai RM1.5 Bilion!
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Kylie Jenner Beli Rumah Agam Bernilai RM1.5 Bilion!

Dinobatkan sebagai the world’s youngest self-made billionaire dua tahun berturut-turut (2019-2020), Kylie Jenner sama juga seperti yang lain, menjalani kuarantin di rumah saat ini.

Tetapi itu tidak menghalang Kylie untuk menjalani kehidupan mewah seperti biasa, tentu sekali membeli belah. Tetapi kali ini, Kylie dilaporkan ‘membeli belah’ sebuah rumah agam mewah yang bernilai 45 Juta dolar!

Istana yang terletak di Holmby Hills, California itu bagaimanapun diberikan diskaun dan Kylie berjaya membelinya dengan harga 36.5 Juta dolar. Ia dilaporkan memiliki tujuh buah bilik bersaiz besar, 14 buah bilik air dan ruang parkir yang boleh memuatkan sehingga lebih 20 buah kereta!

Antara ciri yang membuatkan Kylie membeli rumah mewah ini adalah ia juga memiliki dua buah apartment untuk tetamu yang dilengkapi dapur dan ruang tamu peribadi. Bukan itu sahaja, terdapat juga dua suit khas dengan pintu masuk private buat tetamu istimewa.

Berkeluasan 19,000 kakipersegi, ia juga memiliki dua buah panggung wayang, gelanggang bola keranjang, kolam renang besar dan juga sebuah rumah pengawal. Selain rumah terbaru ini, Kylie memiliki sebauh banglo di Hidden Hills bernilai 12.5 Juta dolar, sebuah unit pelaburan di Beverly Hills dan sebuah rumah percutian di Palm Springs.

Kylie dalam satu interviu bersama Ellen DeGeneres Show mengakui keluarganya merupakan inspirasi kejayaannya dan dia sering diusik tentang kekayaannya apabila mereka bercuti bersama.

“Apabila kami berbual di whatsapp group dan berbincang mengenai destinasi percutian mereka sering mengusik saya. Kylie, You going to pay for it? I know they are proud of me for sure“, kongsi Kylie.

Foto: Instagram/Compass

Prev1 of 9
Use your ← → (arrow) keys to browse

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness