Kulit Lebih Berseri Dengan Pemakanan Sihat - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Kulit Lebih Berseri Dengan Pemakanan Sihat

Kulit Lebih Berseri Dengan Pemakanan Sihat

Awas! Diet secara mendadak boleh mengakibatkan tubuh kamu lesu dan kulit makin kusam. Ikuti tip Cosmo ini untuk pemakanan yang sihat dan bagaimana ia boleh buatkan kulitmu lebih berseri.

Kulit Lebih Berseri Dengan Pemakanan Sihat

Foto: Depositphotos.com

Waktu Pagi:

1. Elak makan lebihan makanan. Sebaliknya, makan oat kerana ia karbohidrat yang sihat dan bantu melepaskan tenaga sepanjang hari. Telur juga dapat bantu kekalkan tenaga yang kamu perlukan sepanjang hari.

2. Pastikan kamu makan buah-buahan yang mencukupi terutama yang mempunyai kandungan air yang lebih seperti tembikai dan grapefruit. Keduanya mempunyai 90% kandungan air.

Sepanjang Hari:

1. Tubuh kamu akan kekurangan air dari hari ke hari. Praktik untuk menghidratkan kulit sepanjang hari dengan losen yang bantu mengekalkan minyak semula jadi kulitmu. Jika kulit kamu mula terasa kering dan kamu tak mahu guna produk yang diperbuat dari krim, cuba titiskan beberapa titik Bio Oil ke dalam botol spray. Goncangkan dan spray pada wajah untuk kembalikan kesegaran kulit.

Waktu Malam:

1. Jangan tamak dan penuhkan pinggan dengan semua jenis makanan. Cuba bahagikan makanan untuk elak overeating.

2. Minum segelas air sebelum dan selepas makan untuk pastikan kulit kamu kembali terhidrat. Elak minum kopi kerana ia mengandungi kafein yang boleh buat kamu dehydrated. Jika nak minum secawan kopi, pastikan kamu minum satu gelas extra air.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor