Kulit Lebih Anjal Berseri Dalam 10 Minit - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Kulit Lebih Anjal Berseri Dalam 10 Minit

Tak mustahil kerana apa yang kamu perlukan adalah pupur ini dan juga 10 minit daripada masamu.

Kamu pasti sudah tahu, pupur adalah produk dengan konsenstrasi tinggi bahan aktif sesuatu rangkaian penjagaan kulit dan kerana itulah ia dianggap perawatan intensif atau jalan pintas untuk kulit nampak berseri dengan pantas.

Bayangkan pula jika pupur itu dirumuskan dengan kolagen bertaraf tinggi seperti Taut Gold Standard Collagen Infusion Mask ini. Kaya dengan kolagen premium dan membantu menganjalkan, menghidratkan dan mencerahkan kulit hanya dalam 10 minit! Kami sudah dapat membayangkan kulit yang glowy tanpa tekanan, kurang mengendur dan lebih anjal, lebih lembut dengan lembapan yang mendalam serta tiada lagi kekusaman, malah tampak lebih berseri!

Mewah dengan kolagen, setiap kotak mengadungi 5 keping Taut Gold Standard Collagen Infusion Mask.

Manfaat Taut Gold Standard Collagen Infusion Mask

Kolagen hidrolisis yang membekalkan kolagen dengan berat molekul yang rendah membolehkan penembusan jauh ke dalam kulit untuk penganjalan.
Sodium Hyaluronate, yang merupakan polisakarida yang berfungsi sebagai pelincir tisu dan memberikan perlindungan mekanikal (kelembapan) kepada kulit.
Squalene, bertindak sebagai pelembap dan menembusi kulit dengan cepat. Ia juga sebati dengan dengan vitamin lain dengan baik.
Tocopherol, Vitamin E yang memberi faedah kepada kulit termasuk mengurangkan pembentukan bintik usia dan mengurangkan parut serta tanda pada kulit.
• Menggalakkan tahap kolagen dalam kulit untuk ketegangan dan keanjalan
• Menghidrat dan menyuburkan kulit secara mendalam untuk kulit yang lebih lebih lembap, bercahaya dan lembut.
• Segera menenangkan tanda-tanda tekanan serta mengembalikan cahaya kulit
• Memulihkan kulit daripada kerosakan radikal bebas, mengurangkan kadar penuaan kulit dan membuatkan kulit nampak lebih cerah.

Ini kamu? Jadi pupur ini sesuai untukmu…

Mahu kulit sentiasa kelihatan muda.
Mempunyai kulit yang kusam dan kering.
Setiap hari dengan gaya hidup yang sibuk, merokok atau bekerja di bawah persekitaran yang tinggi tekanan.
Sering tak cukup cukup tidur atau sering tidur lewat.
Kamu ingin meningkatkan keadaan kulit dengan segera sebelum menghadiri sebarang acara.

Lekapkan pupur pada wajah yang bersih dan berehat selama 10 minit, diikuti oleh rutin penjagaan kulit biasa. Untuk hasil terbaik, gunakan sekurang-kurangnya dua hingga tiga kali seminggu.

Tips:

Jangan buang cecair berharga yang tinggal di dalam sachet. Tuang pada kepingan pupur tadi dan lekap pada lengan dan kaki untuk manfaat perawatan kulit dan menjadi lebih lembap dan halus.


Layari https://www.gnclivewell.com.my/en/shield-up-against-the-sun-with-taut-range/shield-against-the-sun-with-lac-taut-range.html  untuk membeli produk GNC. Khas buat pembaca Cosmo, GNC menawarkan diskaun 40% untuk rangkaian TAUT dengan kod: LACTAUT

Pertama kali berjumpa orang akan ingat saya garang (memang pun!) dan sombong (langsung tak!)… Tapi bila buka mulut, semua ‘hancur’. Beauty is my passion but I keep me natural most of the time. Menyanyi dalam kereta adalah terapi saya. I love music and travelling, jadi sila ajak saya jalan-jalan. Jangan serabutkan otak dengan perkara negatif, belajar untuk ‘let it gooo, let it gooo…’, kamu akan menjadi seorang yang lebih bahagia.

Beauty Guru