Kulit Cantik Dan Bersih Dalam 30 Saat
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
kulit cantik

Kulit Cantik Dan Bersih Dalam 30 Saat

Kulit cantik menjadi idaman semua wanita, namun kesuntukan masa ataupun pulang lewat malam membuatkan kamu letih. Kadangkala sehingga tiada masa untuk membersihkan wajah sedangkan ianya adalah kunci utama memiliki wajah yang flawless. Kajian terkini mencadangkan, pembersihan pantas boleh menjadi kunci kepada kulit yang hebat.

kulit cantik

 

JIKA KAMU GUNA PEMBERSIH SOLEKAN DAN PEMBERSIH BIASA…
KAMU AKAN SUKA CLEANSING OIL

Kenapa ia hebat: Minyak untuk bersihkan wajah bunyinya tak meyakinkan tetapi tiada yang dapat meleraikan solekan degil dengan lebih baik dan pantas. Minyak yang menyihatkan daripada argan ke zaitun cepat menanggalkan kotoran, minyak dan solekan tanpa buat kulit rasa ketat. Bila kamu bilas, kulit rasa lembut dan berseri. (Kulit kering dan kombinasi akan melihat perubahan paling ketara. Kalau kulit kamu berjerawat, abaikan tip ini.)
Bagaimana nak guna?: Urut pada kulit kering, tambah air sedikit demi sedikit hingga berubah tekstur seperti susu. Bilas dan lap kering.

 

JIKA KAMU KETAGIH GUNA TISU BASAH…
KAMU AKAN SUKA MICELLAR WATER

Kenapa ia hebat: Pembersih air tanpa perlu bilas (tak berbuih, tak bersabun) memudahkan kamu membersih wajah bila tak jumpa sinki dan paip air, dan ia sesuai semua jenis kulit.
Bagaimana nak guna? Basahkan kepingan kapas dengannya dan guna seperti kamu guna tisu basah.

kulit cantik

Konjac Sponge

 

JIKA KAMU BERSIHKAN WAJAH DENGAN TUALA KECIL…
KAMU AKAN SUKA KONJAC SPONGE

Kenapa ia hebat: Ia seperti penyental tapi bertindak dengan lembut. Span itu (yang diperolehi daripada akar sayur-sayuran) mempunyai struktur seperti jaring lembut yang membersih sambil menyental kulit mati. Sesetangah span dirumus dengan bahan menyerap minyak seperti arang dan antioksidan seperti teh hijau.
Bagaimana nak guna? Basahkan dan sental. Kamu boleh tambah sedikit pembersih jika mahu tapi tak perlu pun. Walaupun dicadangkan untuk penggunaan harian, beri lebih perhatian kepada kulit berbanding arahan. Jika kulit rasa ketat dan kemerahan, kurangkan penggunaan.

 

JIKA KAMU KERAP PAKAI SKRUB…
KAMU AKAN SUKA SERBUK PEMBERSIH

Kenapa ia hebat: Enzim dan penyental yang dikisar menghasilkan serbuk halus yang bertukar menjadi pembersih lembut bila bercampur air. Serbuk pembersih bunyinya agak mengarut tetapi sama sajalah dengan dry shampoo.
Bagaimana nak guna? Campurkan sedikit serbuk dengan sedikit air untuk membentuk krim pekat (untuk lebih sentalan) atau lebih air (untuk buih lembut). Urut pada kulit dan bilas.

 

JIKA KAMU GEMARKAN FACIAL MEWAH…
KAMU AKAN SUKA CLEANSING BALM

Kenapa ia hebat: Bukan saja ia membuatkan kulit terasa sangat lembut, ia ‘memaksa’ kamu untuk relaks juga. Tekstur yang pekat mewah itu perlu diurut pada kulit dan bagus untuk aliran darah di wajah.
Bagaimana nak guna? Urut pada kulit kering (tambah air sedikit) hingga ia membentuk minyak atau krim yang lembut. Bagus untuk kulit yang tak berminyak. Bergantung kepada kepekatan balm, kamu mungkin perlu guna tuala untuk bilas. Kulit takkan rasa ketat selepas menggunakannya tetapi bersih, lembut dan gebu.

Foto: 123rf.com/Arkib cosmopolitan

 

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness