Kuiz: Kamu Terdesak Mahu Pergi Bercuti? - Page 2 of 2 - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Kuiz: Kamu Terdesak Mahu Pergi Bercuti?

Kuiz: Kamu Terdesak Mahu Pergi Bercuti?

2 of 2Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

Jika Jawapan Kamu…

KEBANYAKANNYA A – Seimbang Dan Terkawal

Wah! Keseimbangan kehidupan/kerja adalah yang paling sukar (lebih sukar dari memakai stiletto) namun kamu mampu working hard/playing hard dalam masa yang sama. Kamu tahu bercuti dan self-care adalah kunci kebahagiaan. Kamu jadikan kejayaan dan kegagalan sebagai anak tangga untuk melangkah lebih jauh lagi dalam kerjaya. Tahniah!

KEBANYAKANNYA B – Curable Burnout

Mungkin kamu sudah rasa selesa di pejabat, tapi hakikatnya kamu belum boleh lagi bersenang-lenang. But you’re getting there. Badan kamu di tempat kerja namun minda sudah melayang entah ke mana, dan kamu berharap bos tak menyedarinya. Jangan buang masa! Rancang percutian beberapa bulan akan datang, dan sementara menunggu, tingkatkan prestasi di tempat kerja.

KEBANYAKANNYA C – Pergi Bercuti ASAP!

Ingat lagi tak perasaannya bila matahari memanah kulitmu sambil tubuh kamu dihembus bayu laut? Tenaga kamu sudah habis dan jika dibiarkan, ia akan bertambah buruk. Percutian bukanlah petanda yang kamu lemah. Ia adalah cara untuk cas semula ‘bateri’ kamu supaya bila pulang nanti, kamu dapat menjadi pekerja contoh dan berdedikasi. So go surf Airbnb. Sekarang!

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor