Kuiz: Kamu Terdesak Mahu Pergi Bercuti? - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Kuiz: Kamu Terdesak Mahu Pergi Bercuti?

Kuiz: Kamu Terdesak Mahu Pergi Bercuti?

Prev1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse
Bila kali terakhir kamu ambil cuti panjang dan pergi melancong untuk rehatkan tubuh dan minda? Mungkin dah tiba masanya…

Kuiz: Kamu Terdesak Mahu Pergi Bercuti?

Foto: Depositphotos

1. Ketika mesyuarat, kamu biasanya akan:

a) Mencadangkan cara memperkasakan syarikat.

b) Bersikap pasif dan membiarkan rakan sekerja (yang lantang dan bersemangat) menguasai perbincangan.

c) Periksa Apple Watch kamu dan belek gambar percutian pantai ex kamu.

2. Bila bercakap tentang hari Isnin, kamu terfikir:

a) Betapa kamu tak sabar nak mulakan tugasan di pejabat.

b) Minggu lepas dah bagi alasan demam. Minggu ni nak cakap cirit-biritlah!

c) Kenapa Isnin muncul terlalu cepat?

3. Bila kamu ditegur bos, biasanya ia tentang:

a) “Ooh, kamu nampak lain hari ni… Selamat bekerja!”

b) “Kamu diam saja dari tadi. Ada apa-apa nak tambah?”

c) “Saya risau. Saya dah set perjumpaan kamu dengan Sumber Manusia esok.”

4. Kali terakhir kamu ambil cuti untuk pergi melancong, siapakah Perdana Menteri waktu itu?

a) Tun Mahathir.

b) Salah seorang ahli keluarga Abdul Razak. Tak ingat mana satu.

c) Kamu yakin Malaysia baru saja merdeka waktu itu.

5. Sekerap mana kamu Cchat di tempat kerja?

a) Ketika waktu rehat, kamu chat dengan teman-teman.

b) Kadangkala saja kamu ping rakan sekerja untuk sesi gosip.

c) …Why? You go first.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor