Kuiz: Adakah Kamu Wanita Fearless? - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Kuiz: Adakah Kamu Wanita Fearless?

Kuiz: Adakah Kamu Wanita Fearless?

Prev1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse
Kamu selalu ambil risiko dalam hidup? Hmm, kamu memang berani!

Kuiz: Adakah Kamu Wanita Fearless?

Foto: Depositphotos

1. Inbox si dia terbuka di laptop milikmu dan kamu ternampak satu e-mel baru daripada ex-nya dengan tajuk ‘Coffee Thursday?’. Kamu:

a) Tutup mulut. Kamu tak patut curi-curi tengok inbox si dia. Bolehlah kamu layan filem Ryan Gosling seorang diri Khamis ini.

b) Tanya apakah rancangan si dia Khamis ini. Kalau dia buat alasan, tentunya kamu akan ‘meletup’!

c) Balas bagi pihak si dia: “Khamis boleh. My GF sibuk.” Ia mungkin akan jadi pelik, tapi kamu tak mudah diperbodohkan.

2. Ketika makan malam di restoran selepas majlis pertunangan adik lelakimu, kamu mahu berkongsi cerita tentang kenaikan pangkatmu, tapi malangnya tiada siapa bertanya. Kamu:

a) Zip mulut. Adik kamu akhirnya bertemu cinta sejati. Berita kenaikan pangkat kamu bukan penting sangat.

b) Diam sebentar kemudian katakan, “Sebenarnya, saya juga ada berita baik nak dikongsi…”

c) Nyalakan lilin di atas pencuci mulut kamu dan minta semua nyanyikan lagu Roar. Bila keluargamu tanya kenapa, kamu jerit “Do not ignore my triumphs!”

3. Selepas mesyuarat penting, kamu terserempak dengan CEO bersama kroninya di dalam lif. Dia sedang bercakap mengenai projek kamu namun memberi semua pujian kepada bos kamu. Kamu:

a) Hanya diamkan diri dan cuba mengingati mantra kerjamu berulang kali: “3,2,1. 1,2,3. The fax machine is the place for me.”

b) Ucapkan terima kasih kerana perasan hasil kerjamu dan katakan kamu teringin nak berkongsi lebih banyak idea dengannya, mungkin dalam executive dining room?

c) Buat pengumuman bahawa kamulah yang jayakan projek itu dan minta berjumpanya bagi membincangkan kenaikan gaji kamu.

4. Kamu sudah berjanji temu dengan seorang jejaka lebih tiga bulan, namun sampai sekarang dia masih perkenalkan kamu sebagai ‘kawan’ kepada semua orang. Kamu:

a) Biarkan saja, kamu tak kisah pun dengan gelaran. Asalkan kalian mampu berseronok, who cares?

b) Tanyakan ke mana arahnya perhubungan kalian. Kamu gembira bila berada di sampingnya dan nak tahu sama ada dia juga rasakan yang sama.

c) Batalkan rancangan makan malam kalian dengan menghantar pesanan teks, “Sorry, who are you?”.

5. Kamu sudah bercinta selama tiga tahun. Tapi setiap kali kamu buka mulut mengenai rancangan masa depan, si dia buat bodoh saja. Kamu risau kalau dia tak mahu beri komitmen, jadi kamu:

a) Beri masa lagi enam bulan, download Men Are From Mars, Women Are from Venus, dan mula membuat rekaan gaun pengantin idaman.

b) Minta dia buat pilihan: Masuk meminang dalam tiga bulan atau putus!

c) Kamu yang melamar si dia. Apa salahnya perigi cari timba, kan?

 

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor