Kuiz: Adakah Kamu Teman Wanita Idaman? - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Kuiz: Adakah Kamu Teman Wanita Idaman?

Kuiz: Adakah Kamu Teman Wanita Idaman?

Prev1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse
Cuba kuiz ini dan lihat sama ada kamu wanita dambaan atau sebaliknya…

Kuiz: Adakah Kamu Teman Wanita Idaman?

Foto: Depositphotos

1. Apabila date kamu menghantar WhatsApp mengatakan dia lambat 20 minit, kamu:

a) Taip, “Okey, cuba datang cepat.”

b) Menegur dengan manja, “You hutang I…” sebaik saja dia tiba.

c) Terus jawab, “Tak payah datanglah!”

2. Dalam masa beberapa jam pertemuan kalian, jejaka biasanya akan tahu:

a) Tiga nama timangan kamu semasa bayi dan betapa tak gunanya semua ex-BF kamu.

b) Tentang projek yang sedang kamu terajui di pejabat dan rancangan percutian kamu.

c) Bahawa kamu takkan sesekali biarkan panggilan dari teman – atau kenyitan mata daripada mana-mana jejaka – tidak dibalas.

3. Kamu mahu berjumpa si dia pada malam Sabtu, namun dia sudah pun ada rancangan bersama rakan-rakannya. Kamu:

a) Merayu teman kamu untuk pergi ke tempat yang sama si dia melepak, supaya boleh berpura-pura terserempak dengannya.

b) Dengan ceria menjawab, “No problem. Have a blast!” kemudian rancang aktiviti menyeronokkan dengan the girls.

c) Menjawab tanpa apa-apa perasaan, “Fine. Telefon I selepas dua minggu!”

4. Date kamu mencadangkan sebuah kedai steamboat dan barbeku namun ia langsung tidak menarik perhatian kamu. Kamu:

a) Ikut saja namun bersiap sedia dengan ubat alergi dan menelan setiap hidangan dengan pujian, “Hmm, sedapnya!”

b) Katakan, “Tapi tak pasti sedap ke tak, kan? I tahu satu spot menarik dekat-dekat sini…”

c) Jawab, “Eww! Boleh tak kita pergi restoran lain?”

5. Kamu sepatutnya pergi hiking bersama si dia dan teman-temannya namun tiba-tiba jatuh sakit. Kamu:

a) Merayu agar dia temankan kamu di rumah sepanjang hari.

b) Mendesak agar dia pergi saja tanpa kamu…dan minta dia hantar gambar dari puncak bukit tersebut.

c) Terbaring saja di atas katil dan menghantar e-mel dengan ucapan, “Maaf sebab tak dapat join” seminggu selepas itu.

 

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor