Kuiz: Adakah Kamu Obses Dengan Diri Sendiri? - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Kuiz: Adakah Kamu Obses Dengan Diri Sendiri?

Kuiz: Adakah Kamu Obses Dengan Diri Sendiri?

Prev1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse
Sekerap mana kamu belek wajah dalam cermin? Haa, mengaku cepat!

Kuiz: Adakah Kamu Obses Dengan Diri Sendiri?

Foto: Depositphotos

1. Pada janji temu pertama, apakah yang selalunya bermain di fikiran kamu?

a) Mesti rakan kamu cemburu jika mereka nampak kamu keluar dengan jejaka hot sebegini.

b) Adakah kalian berdua akan menjadi pasangan kekasih akhirnya…

c) Adakah kamu tuturkan ayat yang betul supaya dia jatuh cinta denganmu.

2. Ketika dinner bersama teman baik, kamu biasanya:

a) Suka berjalan keliling meja dan bertanya khabar dengan semua temanmu.

b) Mendengar dengan penuh khusyuk setiap apa yang mereka ceritakan tanpa mencelah.

c) Perasan yang semua teman-temanmu terpesona dengan cerita kamu, sampai kamu tak sempat nak makan pun!

3. Gambar Instagram kamu kebanyakkannya…

a) Mana-mana tempat pun boleh jadi latar belakang untuk kamu ambil gambar sendiri.

b) Gambar benda cool yang menarik perhatianmu seperti kucing cute memakai sweater.

c) Kamu tak ingat pun kali terakhir kamu post gmbar. Bukannya ada orang kisah pun…

4. Ketika online di Facebook, apa yang biasanya kamu buat?

a) Like status dan comment (dan mesti akan singgah di wall ex-BF kamu)

b) Periksa siapa yang like gambar dan status update kamu. Buat masa ini kamu dah dapat 32 like untuk status kenaikan pangkat kamu!

c) Rasa bersalah sebab dah miss birthday ramai temanmu. Sebab itu kamu dah jarang online FB.

3. Berapa kali kamu tengok cermin dalam sehari?

a) Jarang sangat. Selagi kamu rasa tak ada sisa melekat di gigi kamu, kamu tak ada sebab nak tengok cermin.

b) Tak terkira banyaknya. Kalau kamu terlupa bawa cermin, reflection dari tingkap kaca atau cermin mata teman kamu pun boleh…

c) Lebih kurang lima kali? Biasanya bila kamu bersiap di waktu pagi dan setiap kali kamu ke tandas.

 

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor