Kuiz: Adakah Kamu Bersikap Kebudak-budakan? - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Kuiz: Adakah Kamu Bersikap Kebudak-budakan?

Kuiz: Adakah Kamu Bersikap Kebudak-budakan?

Prev1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse
Cuba kuiz ini untuk tahu kamu seorang yang matang dalam membuat keputusan atau sebaiknya.

Kuiz: Adakah Kamu Bersikap Kebudak-budakan?

Foto: Depositphotos

1. Seorang rakan sekerja mengkritik idea kamu dalam mesyuarat, jadi kamu:

a) Katakan ada sesuatu terselit di celah giginya.

b) Mengangguk namun bertekad ‘menyerangnya’ bila dia buat pembentangan nanti.

c) Terima maklum balasnya dengan baik.

2. Malam Sabtu paling ideal buat kamu adalah:

a) Parti hingga ke pagi!

b) Melepak di restauran sambil ditemani jejaka kacak (yang ada kerjaya tetap of course!).

c) Menonton siri Game of Thrones seorang diri di rumah.

3. Kamu bergaduh besar dengan teman baik, jadi keesokan harinya kamu:

a) Sebarkan gosip palsu kononnya dia bercinta dengan sepupu sendiri.

b) Makan aiskrim sebanyak boleh sambil menangis.

c) Hubunginya untuk minta maaf.

4. Ketika duduk berbual dengan ibu kamu, dia tiba-tiba memberi komen supaya kamu jaga postur badan. Kamu:

a) Menjerit, “Mama bukan bos saya pun!” dan terus berlari ke bilik untuk luah dalam diari.

b) Terus duduk dengan betul sambil jegilkan mata.

c) Ucap terima kasih kerana menjadikan kamu a better person. #Momaste

5. Bila kamu suka seorang jejaka, langkah yang kamu ambil adalah:

a) Suruh BFF kamu tanya rakannya, adakah dia juga menyukai kamu.

b) Terus sarung kasut tumit tinggi dan tampil lebih menawan.

c) Ajak si dia lepak bersama. Jika dia menolak, kamu jelaskan yang ia hanyalah a friend thing.

 

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor