Kucaimars Tak Pernah Tiru Bruno Mars - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Kucaimars Tak Pernah Tiru Bruno Mars

Walaupun terlambat kerana hal kecemasan, jejaka yang lebih dikenali dengan nama Kucaimars ini tetap sempat luangkan masanya bersama Cosmo. Berkali-kali anak kelahiran Melaka ini meminta maaf. Sopan santun orangnya, hanya melemparkan senyuman dan tak banyak berkata-kata.

Suka Coklat Mars, Bukan Bruno Mars
Pasti ada antara kamu yang tertanya dari mana datangnya nama komersial Kucaimars? “Awalnya, gelaran Kucai diberikan seorang jurulatih semasa saya menjalani latihan bola sepak sewaktu tingkatan tiga kerana nama sebenar saya agak panjang. Dari panggilan Husyairi terus jadi Kucai. Saya rasa sesiapa dengan nama Husyairi atau Qusyairi pasti dapat gelaran yang sama. Nama itu lekat hingga ke hari ini. Saya akan perkenalkan diri dengan nama Kucai,” jelas graduan Filem, Teater dan Animasi daripada UiTM Puncak Alam ini. Okey, bagaimana pula boleh dapat nama Mars? Minat Bruno Mars ke? “Oh, tidak. Ramai juga ingat saya mengambil nama Mars daripada penyanyi antarabangsa itu. Sebenarnya, sejak kecil saya suka coklat Mars. Tapi saya faham bila kita sebut Mars, mesti nama penyanyi yang timbul di fikiran. Betul tak?” sambungnya lagi sambil tersenyum.

Ada Band Sendiri
Sebaik tamat pengajian, Kucaimars terus mengisi masa lapang dengan membuat cover pelbagai lagu dari dalam dan luar negara. Ternyata, dia tahu kekuatan vokalnya ada pada lagu-lagu nyanyian band Indonesia seperti Sheila On 7, Peterpan dan sebagainya. “Sejak zaman sekolah lagi saya sudah ada band sendiri iaitu The Mars. Kami selalu masuk pertandingan dan ada juga rezeki memihak pada kami. Biasalah adab pertandingan, ada menang dan kalah. Bukan itu saja, kami suka busking di merata tempat terutamanya sekitar Seremban dan Senawang kerana kami menetap di sana. Cuma selepas habis SPM, aktiviti seni agak slow sebab masing-masing menyambung pelajaran.”


Pernah tak terfikir satu hari nanti Kucaimars akan perform dengan band untuk rancangan televisyen atau radio? “Sebenarnya bila saya dilamar beberapa syarikat rakaman, saya menyatakan mahu keluar secara berkumpulan. Mungkin rezeki belum sampai, Warner Music adalah syarikat rakaman terakhir yang melamar saya dan akur untuk keluar secara solo dahulu. Tak dinafikan, saya berharap tak lama lagi dapat melakukan persembahan dengan The Mars,” ujarnya.

Jawab
Mula meraih populariti apabila video lagu-lagu cover nyanyiannya mendapat sambutan hangat netizen, kini Kucaimars muncul dengan single debut berjudul Jawab. “Ia merupakan karya ciptaan ahli kumpulan Akim & The Majistret iaitu Akim Ahmad dan Zarimi Zahari yang masing-masing menggunakan nama pena, Hang Nadim dan Laq. Sebagaimana lagu-lagu cover band Indonesia yang saya nyanyi sebelum ini, Jawab turut diberi gubahan pop alternatif bersesuaian dengan ton suara dan gaya nyanyian. Saya berharap single ini diterima ramai.”

Tubuh saja genit, tapi suara saya satu dewan boleh dengar (macam tertelan speaker!). Seorang yang periang dan suka record diri sendiri memasak, sesuailah dengan column saya – Lifestylist. Lavish holiday is so me. Nampak macam manja tapi can get the job done. Saya kaki karaoke dan orang kata suara saya seperti Ning Baizura. When it comes to navigation, I am the best!

Lifestylist