Kourtney Kardashian Dan Younes Bendjima Bersama Semula
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Kourtney Kardashian Dan Younes Bendjima Bersama Semula

Kourtney Kardashian Dan Younes Bendjima Kembali Bersama?

Hubungan Kourtney bersama bekas kekasihnya, Younes Bendjima agak sedikit mengelirukan…
Kourtney Kardashian Dan Younes Bendjima Bersama Semula
Foto: The Sun

Mereka berpisah pada Ogos 2018 tetapi pada April tahun ini, Younes masih lagi cuba menggoda Kourtney melalui komen di Instagram dan pada Ogos lalu dia dilihat berparti bersama Kourtney. Kemudian pada September, mereka dilihat berpegangan tangan tetapi satu sumber mengatakan mereka tidak mempunyai apa-apa hubungan dan agak mustahil untuk Kourtney bersama dengannya semula.

Tetapi kini ada satu sumber mengatakan yang Koutrney ingin memperbaiki hubungannya dengan Younes. Sumber tersebut berkata kepada People:

Sebelum ini, Kourtney sangat bahagia menjadi teman wanita Younes dan dia masih lagi mempunyai perasaan yang sama. Mereka berpisah sebelum ini kerana Kourtney tidak mempercayai Younes. Dia sedang cuba meyakinkan Kourtney yang dia adalah teman lelaki yang baik dan dia juga mempunyai hubungan yang baik dengan anak-anak kourtney. Mereka sangat senang dengannya. Kourtney seperti ingin memberi Younes peluang kedua dan dia nampak sangat gembira dengan keputusan ini.

Image result for kourtney kardashian younes bendjima
Foto: The Hollywood Gossip

Cosmo harap selepas ini Koutrney dan Younes dapat menyelesaikan segala masalah yang dihadapi dan mendapat hubungan yang mereka berdua inginkan.

Artikel asal: Alanna Lauren Greco (Cosmopolitan.com)

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker