Kombinasi Asid Amino Dan Vitamin Ini Akan Ubah Kulitmu Daripada Sensitif Ke Seksi Berseri! - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Kombinasi Asid Amino Dan Vitamin Ini Akan Ubah Kulitmu Daripada Sensitif Ke Seksi Berseri!

Kamu cuma perlu bantuan Dr. Belmeur dan serum terbarunya…

Sukarnya bagi kamu yang berkulit sensitif mencari produk yang paling serasi dengan keadaan kulit. Banyak perkara yang perlu daimbil kira seperti potensi kulit merengsa, kandungannya, teksturnya, keselesaan memakainya dan tentu sekali keberkesanannya. Ini kerana kulit yang sensitif sangat mudah terkesan dan mengakibatkan ton kulit tak sekata, kekusaman, kulit kasar serta kering. Tambah pula dengan tabiat harian serta pencemaran.

Kulit Perlukan Vitamin!

Kamu tak perlu doktor untuk beritahu bahawa seperti tubuh, kulit juga perlukan vitamin untuk perlindungan serta nutrisi agar kekal sihat dan berseri. Namun kamu mungkin perlukan Dr.Belmeur Vita Serine Serum daripada THE FACE SHOP untuk formula bervitamin yang sesuai untuk kulit sensitifmu itu.

Dr.Belmeur Vita Serine Serum adalah serum penjagaan tiga kali ganda yang mencerahkan, melicinkan tekstur kulit dan melembapkan – semua dalam satu langkah. Menampilkan trio bahan-bahan yang selamat untuk kulit sensitif, Dr.Belmeur Vita Serine Serum menghilangkan sel-sel kulit mati yang menyebabkan tekstur yang tidak sekata, mengawal pengeluaran melanin berlebihan yang menyebabkan kekusaman, dan memberikan kelembapan yang mencukupi untuk mempertingkatkan seri cahaya kulit.

1 Serine
Serine adalah asid amino yang lebih stabil dan lebih selamat daripada Alpha Hydroxy Acid (AHA). Kesan pengelupasan lembutnya perlahan-lahan menghilangkan sel-sel kulit yang terkumpul di lapisan kulit yang kasar, sementara membantu mencegah kehilangan lembapan. Apabila tekstur kulit menjadi lebih halus, kulit kelihatan lebih bercahaya dan berseri.

2 Vitamin Complex
Derivatif Vitamin C (Ascorbyl Glucoside) memberikan kesan yang mencerahkan sama seperti Vitamin C, tetapi lebih stabil dan tahan kerosakan haba. Vitamin B3 (Niacinamide) memberikan manfaat pencerahan dan menguatkan penghalang kulit. Vitamin B5 (Panthenol) meningkatkan keupayaan pengekalan kelembapan kulit sambil menenangkan sensitiviti.

3 Hyaluronic Acid
Asid hialuronik adalah bahan yang dihasilkan secara semula jadi dalam kulit kita. Tahap Hyaluronic Acid kulit sensitif agak rendah menyebabkan ia sentiasa terdedah kepada penyahhidratan. Asid hialuronik boleh menampung air sehingga 1,000 kali daripada beratnya sendiri, dan adalah penghidrat yang hebat dan sangat lembut, membantu menghidupkan semula kulit dengan keserian.

THE FACE SHOP Dr.Belmeur Vita Serine Serum (45ml)
Kembalikan cahaya pada kulit sensitif dengan kekuatan asid amino dan vitamin! Terima kasih kepada teknologi kristal cecair yang unik, serum gel ini licin dan menyaluti kulit dalam kelembapan tahan lama sambil menambah cahaya. Menampilkan faedah Triple Multi Care dalam memperbaiki ton kulit serta meningkatkan kelembapan dan penjagaan pori.

Penggunaan: Selepas pembersihan dan memakai penyegar, usap Dr.Belmeur Vita Serine Serum pada kulit sehingga diserap sepenuhnya. Gunakan pagi dan petang.

THE FACE SHOP Dr. Belmeur Vita Serine Serum boleh kamu dapatkan nanti di semua outlet THE FACE SHOP dan juga atas talian. Klik di sini.

Pertama kali berjumpa orang akan ingat saya garang (memang pun!) dan sombong (langsung tak!)… Tapi bila buka mulut, semua ‘hancur’. Beauty is my passion but I keep me natural most of the time. Menyanyi dalam kereta adalah terapi saya. I love music and travelling, jadi sila ajak saya jalan-jalan. Jangan serabutkan otak dengan perkara negatif, belajar untuk ‘let it gooo, let it gooo…’, kamu akan menjadi seorang yang lebih bahagia.

Beauty Guru