Kolaborasi Fesyen Mampu Milik Daripada Jenama Terkenal - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Kolaborasi Fesyen Mampu Milik Daripada Jenama Terkenal

Kolaborasi Fesyen Mampu Milik Daripada Jenama Terkenal

Lilit berkerjasama dengan pereka fesyen ternama, Woo/FiziWoo untuk koleksi pakaian wanita. #barulahlit

Koleksi yang paling dinanti-nantikan, Lilit x Woo/FiziWoo menampilkan rekaan utama yang diterjemahkan kepada ciri-ciri romantik moden, dan siluet cool serta edgy untuk wanita yang yakin, kuat dan tersendiri. Dilancarkan secara eksklusif di butik FashionValet Publika, dalam talian dan aplikasi telefon bermula 28 Januari lalu.

Fiziwoo terkenal untuk rekaan puffy sleeves, ruffles and peplums di mana mereka menjadikan ciptaan bertaraf antarabangsa jadi bercirikan tempatan. Selain rekaan untuk golongan ternama, Fiziwoo melahirkan Woo/Fiziwoo untuk pasaran mampu milik – ini bermaksud koleksi sedia pakai yang diperincikan dengan teknik dan rekaan couture buatkan semua golongan mampu menggayakan busana mereka!

Lilit mengambil langkah berani dengan membawakan cetakan lembut dan rekaan segar seperti potongan one-for-all serta menonjolkan teknik seperti pleats dan cetakan. Pelbagai jenis rekaan untuk blaus, skirt, jumpers, dan seluar panjang ada dalam koleksi ini. Rekaan ini didatangkan dalam saiz XS hingga XXL pada harga mampu milik bermula dari RM99 sehingga RM199.

Seorang fashion enthusiast. OOTD is my ‘thang’. Akan ‘serang’ dessert corner dulu bila pergi ke bufet. Suka menonton rancangan memasak dan RuPaul’s Drag Race. Nampak lembut tapi sebenarnya fierce! Quote kegemaran? “Life is too short to wear boring clothes”, so have fun with it!

Fashion Diva