#KitaJagaKita - Inisiatif Hebat Untuk Golongan Yang Memerlukan Ketika MCO - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

#KitaJagaKita – Inisiatif Hebat Untuk Golongan Yang Memerlukan Ketika MCO

Jika kamu mahu menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan ketika MCO, #KitaJagaKita merupakan satu platform yang memudahkan kamu menyalurkan sumbangan kepada badan-badan NGO Malaysia dan masyarakat sivil yang tepat.
Foto: #KitaJagaKita

Laman #KitaJagaKita telah ditubuhkan oleh pengarang The Weight of Our Sky, Hanna Alkaf di Twitter pada 17 Mac lalu bersama sekumpulan sukarelawan.

Inisiatif ini adalah bagi membantu golongan yang terdedah yang mempunyai sumber kewangan kecil dan tidak mampu menampung bekalan harian dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (18 Mac – 14 April 2020). Selain itu juga, mereka turut menumpukan perhatian kepada golongan barisan depan seperti keperluan peralatan untuk mencegah Covid-19 dan sokongan moral dan kaunseling kerana bebanan kerja yang sudah melebihi kapasiti.

Kamu boleh mengakses laman web #KitaJagaKita atau facebook mereka untuk mengetahui maklumat lanjut tentang sumbangan keperluan kepada golongan yang terjejas sepanjang MCO.

Oleh: Qistina Jafril