Kilafairy Ubah Imej, Tidak Lagi Mahu Bergaya Seksi
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Kilafairy Ubah Imej, Tidak Lagi Mahu Bergaya Seksi

Seksi itu subjektif. Mungkin ada yang merasakan, memiliki bibir mungil itu sudah cukup menggiurkan. Mendapat jolokan Kylie Jenner Malaysia, aktres Kilafairy mengakui dia sedar dirinya sering dilabel sebagai antara selebriti berimej seksi.

Jika kamu mengikuti akaun Instagram Kilafairy, kamu boleh lihat foto-foto yang dimuat naik tidak lagi seperti dulu. Maksudnya, Kilafairy dilihat lebih banyak memuat naik foto yang lebih sopan termasuk tampil dengan gaya yang lebih sopan. Kilafairy ketika ditanya mengenai perubahan imej itu mengakui ia adalah antara langkah untuk menjadi lebih baik.

“Pastinya perubahan itu seiring dengan kematangan diri. Ia seperti isyarat atau panggilan kepada diri sendiri. Dalam hidup ini kita sentiasa berusaha mahu jadi lebih baik dan memperbaiki diri. Step by step… insya-Allah. Berkat doa ibu bapa juga. Sempena tahun baru 2020 ini saya mahu mulakan sesuatu yang segar dan bersih,” katanya.

“Saya cuba elak atau tak mahu lagi orang di luar sana nampak diri ini dengan terjemahan seperti…’oh badan dia cantik mahupun seksi’. Saya mahu memberi contoh yang bai.k kepada penyokong dan mereka yang menggunakan KILAFIT. Insya-Allah,” luahnya.

Tambah Kila, dia telah mula menjaga penampilan sejak tujuh bulan lalu kerana merasakan ia sesuai dengan usianya yang semakin matang. Jelasnya, perubahan imejnya itu juga seiring dan selaras dengan apa yang mahu diperjuangkan KILAFIT lagi lagi dengan perkembangan agen dan stokis jenama berkenaan yang semakin meningkat.

Dalam pada itu, Kila juga memperjuangkan amalan gaya hidup yang sihat serta menolak pengambilan produk yang mempunyai kesan sampingan. Menurut Kila, dia menegaskan produk KILAFIT adalah solusi terbaik untuk menurunkan berat badan dengan selamat.

“Alhamdulillah misi itu berjaya dicapai menerusi testimoni yang menggunakan produk saya secara konsisten. Pelanggan dan pengguna produk saya boleh turun berat badan dengan selamat secara purata lapan kilogram dan lebih dalam tempoh sebulan,” katanya.

“Kita menjaga kesihatan atau mahu menurunkan berat badan sekalipun bukan kerana aspek luaran semata mata. Bab dalaman juga harus dititikberatkan. Saya sendiri apabila mendengar banyak cerita di sekeliling terutama mengenai hal sakit tenat dan berita kematian di usia muda atau meninggalkan anak yang masih kecil, hati ini terpalit rasa sedih yang amat.

“Malah menerusi pengamatan dan pembacaan, kes kematian kerana berat badan berlebihan juga antara yang cukup membimbangkan. Tiada jaminan dan kompromi dalam bab ini. Hal sebegini terus menggerakkan saya
dan pasukan kerja menetapkan misi baru KILAFIT untuk membantu orang di luar sana mencegah masalah kesihatan akibat berat badan berlebihan.

“Hingga menjurus kepada masalah kencing manis, kanser, serangan jantung, tekanan darah tinggi, period tidak teratur selain cabaran masa kehamilan,” katanya.

“Berbalik kepada KILAFIT, kami bukan mahu menjual ‘seksi’ atau perlu kurus semata mata, sebaliknya nak bantu mereka di luar sana yang ada masalah kesihatan dan mengharapkan masa depan yang lebih baik. InsyaAllah.

“Mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Kurus atau seksi itu cukup subjektif dan mungkin dilihat penting untuk meningkatkan keyakinan diri bagi sesetengah daripada kita,” kongsi Kila.

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness