Khloe Kardashian Sudah Serik Bercinta?
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Khloe Kardashian Sudah Serik Bercinta?

Jika dibandingkan dengan adik-beradiknya, kisah cinta Khloe Kardashian mungkin adalah yang paling dramatik.
Foto: Evening Standard

Skandal Tristan Thompson bersama Jordyn Woods benar-benar satu dugaan hebat buat Khloe. Tristan telah banyak berlaku curang sewaktu hubungannya dengan Khloe. Tidak hairanlah sekarang ini Khloe hanya ingin fokus kepada dirinya, anak perempuannya Tru dan co-parenting bersama Tristan.

KUWTK Season 18 Shows Khloe Kardashian Tristan Thompson

Dalam satu klip episod terbaru Keeping Up With The Kardashians, Kris Jenner berkata ramai ahli keluarga mereka yang bertanyakan tentang kehidupan peribadi Khloe dan sebab kenapa dia masih belum memulakan cinta baru. Khloe dengan tenang memberi respon, “Saya tak fikir pun tentang itu.” Pengasas The Good American ini juga berkata dia tak pernah berjumpa sesiapa sejak dia dan Tristan berpisah dan tak berminat apabila kawan-kawannya cuba untuk kenalkan dengan orang lain. “Saya fokus kepada diri sendiri dan True and that’s just what I do. Siapa tahu, maybe I’ll never date again.”

Kris selepas itu kelihatan sedikit terkejut dengan penjelasan Khloe dan menyuruhnya untuk freeze her eggs jika dia tak mahu bercinta dengan sesiapa lagi. Tetapi sudah tentu, Khloe tidak setuju dengan cadangan Kris.

Khloe juga pernah berkata sebelum ini dia tidak faham kenapa ramai yang begitu tertarik dengan kisah cintanya, “Saya rasa sangat pelik kenapa orang ramai rasa menjadi single adalah sesuatu yang negatif.”

Artikel asal: Shannon Barbour (Cosmopolitan.com)

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker