Khloe Kardashian Nafi Tidak Bercakap Dengan Caitlyn Jenner Selama Lima Tahun
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Khloe Kardashian Nafi Tidak Bercakap Dengan Caitlyn Jenner Selama 5 Tahun

Khloe Kardashian Nafi Tidak Bercakap Dengan Caitlyn Jenner Selama 5 Tahun

Masihkah kamu ingat apabila Caitlyn Jenner berkongsi cerita mengejutkan bahawa dia dan Khloe Kardashian sudah tidak bercakap selama lima tahun?
Khloe Kardashian Nafi Tidak Bercakap Dengan Caitlyn Jenner Selama Lima Tahun
FOTO/DEPOSITPHOTOS

Dan Khloe kurang senang dengan kenyataan ini. Caitlyn sekarang sedang dalam pengambaran I’m a Celebrity…Get Me Out of Here! dan walaupun laporan mengatakan dia tidak akan bercakap tentang keluarganya di atas sebab undang-undang, Caitlyn telah memberi komen tentang “pergaduhannya” dengan Khloe.

Caitlyn menjelaskan bahawa pergaduhannya dengan Khloe bermula ketika dia memberitahu orang ramai mengenai perubahannya. “Saya memberitahu semua anak-anak tetapi Khloe ada sesuatu yang membuatkannya tidak berpuas hati sepanjang proses ini,” kata Caitlyn. “Sejujurnya sudah hampir lima – enam tahun saya tidak bercakap dengannya”. Tambahnya, “Kami dulu sangat rapat, saya membesarkannya sejak dia berumur lima tahun. Saya tak tahu apa isu dia sebenarnya.”

Berdasarkan laporan TMZ, Khloe kurang bersetuju dengan kenyataan yang dilemparkan oleh Caityln. Sumber memberitahu bahawa Khloe sangat menyokong perubahan Caitlyn dan hanya marah setelah Caitlyn mengeluarkan memoirnya (di mana dia bercerita tentang Kris Jenner).

Khloe menafikan dakwaan yang mereka masih bergaduh dan berkata dia ada menulis pesanan ringkas kepada Caitlyn sempena hari jadinya dan dia sangat kecewa dan sedih dengan semua tuduhan yang dilemparkan oleh Caitlyn ini.

Artikel asal: Mehera Bonner (Cosmopolitan.com)

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker