Keputusan Penuh Anugerah Juara Lagu ke-34
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Keputusan Penuh Anugerah Juara Lagu ke-34

Keputusan Penuh Anugerah Juara Lagu ke-34

Acara ini berlangsung meriah dan dihoskan oleh tiga personaliti hebat – Sherry Al-Hadad, Awal Ashaari dan Haziq.
Image result for sherry ajl 34

Anugerah ini dimulakan dengan persembahan para pemenang AJL terdahulu seperti Liza Hanim, Misha Omar, Adibah Noor, Jaclyn Victor, Lah Ahmad, Black dan Hazami.

Manakala persembahan interlude AJL menampilkan karya-karya balada M.Nasir yang disampaikan oleh Ameng Spring, Fredo, Datuk Hattan, Datuk David Arumugam dan Datuk M.Nasir sendiri.

Image result for misha omar ajl 34

Seperti yang sudah dijangka ramai peminat, Naim Daniel telah dinobatkan sebagai juara dengan lagu Sumpah. Dia berjaya membawa pulang wang tunai RM50,000 beserta trofi.

Manakala tempat kedua telah dimiliki oleh Aman Ra dengan lagu Bangun dan membawa pulang wang tunai RM35,000 dan sebuah trofi.

Manakal tempat ketiga dianugerahkan kepada Anta Permana lagu ciptaan Hael Husaini dan Ezra nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza. Mereka mendapat wang tunai RM20,000 dan trofi.

Image result for siti ajl 34

Dan tuah berada di pihak Hafiz Suip pada malam itu kerana dia berjaya membawa pulang dua anugerah iaitu Vokal Terbaik dan Persembahan Terbaik. Hebat!

Tahniah Cosmo ucapkan kepada semua pemenang. Semoga dapat menghasilkan kayra lebih baik lagi pada masa akan datang.

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker