Kendall Jenner Dan Kekasih Rancang Ambil Anak Angkat?
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Kendall Jenner Dan Kekasih Rancang Ambil Anak Angkat?

Kendall Jenner merupakan satu-satunya ahli Kardashian-Jenner yang masih belum memiliki anak. Dia juga dilihat tidak gemar berkongsi kisah peribadinya seperti adik-beradik yang lain.

Kendall memiliki 10 anak buah, Kim (4 orang anak), Kourtney (3 orang anak) dan Khloe, Rob serta Kylie masing-masing seorang anak. Dia yang digelar Auntie Kenny sememangnya begitu rapat dengan kesemua anak-anak buahnya.

Dalam satu foto terbaru di Instagram, Kendall dan so-called BF, Fai Khadra bergambar bersama beberapa kanak-kanak. Kendall menerusi kapsyennya bertanya berapa ramai yang bersetuju jika dia dan Fai mengambil anak angkat. “Everyone in favor of Fai and i starting a family say “I”, tulisnya.

Prev1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness