Kenapa Lelaki Tak Suka Lepak Dengan Girl Squad Kamu? - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Kenapa Lelaki Tak Suka Lepak Dengan Girl Squad Kamu?

Kenapa Lelaki Tak Suka Lepak Dengan Girl Squad Kamu?

Yes, relationship is about connections. Bukan saja bersama kamu tapi dengan rakan-rakan kamu juga. Pernah perasan tak kehadiran girl squad kamu membuat si dia berasa tak selesa? Ini alasannya.

Rasa Tergugat

Lelaki heteroseksual memang sensitif. Kadangkala konteks perbualan wanita mampu mencabar maskuliniti mereka terutamanya soal kerja seperti, “Berapa gaji kamu?” Seolah-olah ditemu duga oleh bakal ibu mentua!

Tak Sekepala

Teman lelaki kamu sering terjerat dalam perbualan ‘kering’ with the girls. Jejaka sangat menghargai open-ended questions yang membuat perbualan lebih menyeronokkan. Ini tidak, bila ditanya, jawab sepatah. Point blank!

Takut Diperlekeh

Okey, wanita risau dengan eksploitasi seorang lelaki. Tapi lelaki takut juga kalau kamu semua tertawakannya. Lain ceritalah kalau dia memang seorang yang kelakar. Aspek peribadi seperti cerita di bilik tidur atau hal rumah tangga tak boleh dikongsi umum ya!

Kalau pertama kali jumpa memang seorang yang awkward tapi bila dah kenal, riang sebenarnya. Into deep conversation dan suka berjalan kaki sambil dengar lagu (Kuat berangan!). Ramai kata saya slow burner tapi in the end, semua tugasan berada di bawah kawalan. Psst... Jangan terkejut, saya pandai melukis dan menjahit!

Lifestylist