Kenapa Kulit Wajah Breakout Semasa Kuarantin? - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Kenapa Kulit Wajah Break Out Semasa Kuarantin?

Kenapa Kulit Wajah Breakout Semasa Kuarantin?

Maklumlah, walaupun kamu bekerja dari rumah – tak perlu tertekan menghadap kesesakan lalu lintas atau bangun awal pagi *wink* – tapiiiii kulit kamu tetap breakout! Ini sebabnya…
GIF: Giphy / Michelle Phan

Kenapa kulit rosak pada waktu ini?

Kemungkinan terdapat banyak faktor terutamanya ketika stress, diet, kurang Vitamin D dan kebersihan.

Apabila tubuh kamu stress, ia akan mengeluarkan kortisol – apabila kortisol tinggi, pengeluaran oestrogen akan rendah. Disebabkan oestrogen kita menurun, maka androgen kamu (hormon seks lelaki) manjadi banyak dan ia akan menghantar kelenjar sebaceous yang menghasilkan banyak minyak. Means…it’s not a good sign at all. Pori-pori tidak boleh mempunyai bebanan kotoran yang akan menyebabkan ia menghasilkan tompok.

Mengambil makanan ringan pada masa singkat akan lebih merosakan kulit kamu.

Vitamin D penting untuk membina sel dan apabila kita tidak boleh selalu keluar rumah, maka ia akan menjadi terbantut. Vitamin D memainkan peranan penting untuk mengurangkan keradangan kulit di mana ia boleh mengelak break out.

Bagaimana untuk mengatasinya?

Cara terbaik untuk mengatasi stress adalah memastikan kamu mengamalkan makanan yang sihat. Sekurang-kurangnya ia mengingatkan kamu supaya membuat sesuatu yang bagus untuk tubuh.

Untuk menjaga kortisol kamu, buatlah sesuatu yang baik untuk diri seperti dengar Podcast, membakar pastri atau cuba resepi kopi Dalgona – yang boleh memberi ketenangan.

Bagi penjagaan diet, lebih baik kamu ambil kandungan diet kaya nutrisi. Makanan seperti lemak ikan, keju, telur dan cendawan adalah salah satu alternatif yang boleh kamu ambil untuk menambah kandungan Vitamin D selain keluar dari rumah, atau makan Vitamin D supplement.

RM17.66 (my.iherb.com)

Penting untuk menjaga kebersihan dengan mencuci cadar katil pada setiap minggu. Kalau kamu tak sempat, sekurang-kurangnya basuh sarung bantal seminggu sekali.

Akhir sekali, rutin penjagaan kulit wajah – mencuci, skrub, melembap dan guna SPF apabila kamu berjalan di luar kawasan kediaman. Ingat: Walaupun tidak pakai mekap, kulit kamu tetap akan mengumpul peluh, sebum dan kotoran sepanjang hari.

Artikel asal: Laura Capon (cosmopolitan.com/uk)