Kenapa Darah Period Bertukar Warna?
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Kenapa Darah Period Bertukar Warna?

Jangan pelik, Cosmo ada jawapannya!

Darah Merah Menyala

Ini adalah jenis yang biasa kamu lihat ketika mengalami aliran ‘berat’. Warnanya yang terang sebegitu menunjukkan ia baru dikelurkan daripada uterus.

Rona Agak ‘Karat’

Biasanya muncul pada permulaan dan penghujung haid, sewaktu aliran agak perlahan. Ia menunjukkan darah itu telah dikeluarkan beberapa jam atau hari lebih awal dan telah terdedah kepada oksigen.

Keperangan

Bila semua aliran akhirnya keluar daripada tubuhmu, ia akan kelihatan keperangan. Ini kerana ia telah disingkir (daripada dinding uterus) lebih awal dan kemungkinan terperangkap dalam lipatan kamu.

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker