Kenali Apa Itu Novel Coronovirus
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Kenali Apa Itu Novel Coronovirus

Kenali Apa Itu Novel Coronovirus

Coronavirus (CoV) adalah sejenis virus yang menyebabkan pelbagai penyakit daripada selesema hingga ke masalah yang lebih teruk seperti MERS-CoV dan SARS-CoV.
Kenali Apa Itu Novel Coronovirus
Foto: Depositphotos

Novel Coronavirus pula merujuk kepada spesies baru yang belum pernah ditemui manusia. Novel Coronavirus di China tidak sama dengan influenza di Malaysia, namun pencegahan kedua-dua penyakit adalah hampir sama.

Pencegahan (saranan WHO):

  • Kerap mencuci tangan.
  • Menutup mulut dan hidung ketika batuk dan bersin.
  • Elak sentuhan dengan individu yang mempunyai gejala.
  • Masak daging dan telur dengan sempurna.

Langkah-langkah melindungi diri kamu:

  • Selalu amalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti kerap mencuci tangan dengan air dan sabun atau bahan pembasmi kuman (hand sanitizer).
  • Semasa dalam tempoh lawatan, sentiasa membawa bersama penutup mulut dan hidung (mask) serta hand sanitizer.
  • Semasa dalam tempoh lawatan, elak kunjungi tempat tumpuan ramai dan bergaul rapat dengan mana-mana individu yang mempunyai gejala.

Gejala:

  • Demam.
  • Batuk.
  • Kesukaran bernafas.

Jika kamu mempunyai gejala seperti yang disenaraikan, segera berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lebih lanjut. Stay safe, Cosmoholics!

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker