Kembara Penuh Memori Bersama Cosmo Dan Selebriti - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Kembara Penuh Memori Bersama Cosmo Dan Selebriti

Kembara Penuh Memori Bersama Cosmo Dan Selebriti

Bagai tak percaya Cosmo Travel telah memasuki tahun kedua, of course setiap tahun kami pastikan apa yang dirancang lebih menarik sampai buat kamu nak join sama! Tema tahun ini lebih santai namun tetap ada aktiviti lasak dan tentu sekali kami berjaya conquer segala cabaran dengan baik!

Tahun ini Socar menaja kereta sewa selama 96 jam buat Cosmo dan selebriti untuk ke Lost World of Tambun, Perak. Ternyata dengan aplikasi Socar, ia memudahkan kamu menyewa kenderaan pada bila-bila masa saja. Tambah lagi, ada 1,208 kenderaan untuk kamu sewa di 751 zon yang berdekatan serta 21 jenis kereta untuk kamu pilih. Harganya pula, berpatutan dan berbaloi-baloi!

Perjalanan dimulakan seawal jam sembilan pagi bersama empat selebriti yang cukup havoc iaitu Afifah Nasir, Mia Nasir, Rubini dan Eleena Sui. Memandangkan Cosmo bakal beraktiviti luar sepanjang tiga hari dua malam ini, mestilah kena berpakaian selesa dan tahan lasak, betul tak? Terima kasih kepada Skechers Malaysia kerana menyediakan helaian sukan dengan rekaan up-to-date yang lengkap untuk sesi kembara kami tahun ini. Bukan rekaan saja hebat, fabrik yang digunakan juga tahan lasak dan selesa untuk pelbagai aktiviti. Selebriti juga melompat gembira kerana mendapat lima persalinan sukan sepanjang percutian tiga hari dua malam ini!

Perjalanan kami mengambil masa dua jam setengah dari Blu Inc Media ke Lost World of Tambun dan Cosmo sendiri tak pernah menjejakkan kaki di spot percutian keluarga ini. Terdapat dua jenis tarikan di taman tema ini iaitu Theme Parks dan Night Parks. Lost World of Tambun adalah destinasi percutian yang dipenuhi dengan keseronokan. Keajaiban alam ini dikelilingi oleh hutan tropika yang rimbun, mata air panas semula jadi, ciri-ciri batu kapur dari 400 juta tahun dan tujuh taman tarikan yang menakjubkan.

Selebriti dalam persalinan Skechers!

Sebaik tiba, kami disambut meriah dan dilayan seperti keluarga. Kami rehat seketika dan berjumpa semula tepat jam lapan malam di Ipoh Street. Waktu malam, Cosmo and the girls dibawa menyelami kehidupan puak Malayana di Luminous Forest. Terdapat pelbagai tarikan sepanjang kami jelajah Luminous Forest iaitu Mother Sophea, The Malayana Warriors, Shadowfang, Lights of Aiyanna, The Malayana Family dan Bridge of Luminosa. Hutan ini dihiasi dengan lampu dan fosfor glow in the dark yang diconteng pada pokok di sepanjang perjalanan kami.

Kembara Penuh Memori Bersama Cosmo Dan Selebriti

Walau sedang mengembara, kenalah maintain cantik dan koleksi solekan IN2IT menjadi peneman setia kami ke mana saja. Cosmo dan selebriti hanya perlukan maskara, bedak asas, eyeliner dan pemerah pipi untuk cantik dalam dan luar gambar. Koleksi solekan IN2IT ini pula hadir dalam travel size, jadi mudahlah untuk simpan dalam poket baju atau seluar.

Pek kembara koleksi solekan IN2IT, senang nak bawa!

Begitu juga dengan penjagaan wajah. Selepas menikmati makan makan malam dan melihat keindahan Luminous Forest, kami mengambil peluang memakai masker wajah LAC TAUT Collagen Masks sambil bermain game UNO Stacko sebelum terlena diulit mimpi di Family Suite di Lost World Hotel.

Selepas mendapat rehat yang cukup dari segi mental dan fizikal, kami memulakan hari kedua dengan aktiviti mencabar iaitu meneroka Gua Datok seawal jam sembilan pagi. Hey, walaupun nak lakukan aktiviti ekstrem Cosmo tak pernah lupa untuk kekal sihat dan melindungi kulit dengan LAC TAUT Sunshield daripada GNC. Ia pelindung sinar terbaik untuk kulit kamu daripada sinaran UV. Hanya satu sachet sudah cukup untuk melindungi kulit sepanjang hari.

Lega rasanya bila Cosmo mendapat jurulatih sukan ekstrem yang mahir dengan selok-belok Gua Datok dan bertindak sebagai jurupandu untuk mendaki ke puncak Gunung Datok. Cosmo mendaki lebih 650 anak tangga untuk sampai di pintu gua, walaupun menaiki anak tangga, namun kecuraman yang hampir mencecah 45 darjah, menuntut kudrat dan kesabaran. Agak pancit tapi ia tak mematahkan semangat kami kerana tak sabar melihat keindahan ciptaan semula jadi Gua Datok. Berbekalkan lampu suluh, kami diberi peringatan tentang pantang larang dan langkah keselamatan yang perlu dipatuhi supaya segalanya berjalan lancar. Lebih unik, terdapat dinding gua yang sangat cantik seperti sebuah lukisan yang pernah dihasilkan oleh Pablo Picasso. Selepas melihat keindahan gua kami turun dari bukit lebih kurang 45 minit kerana perut sudah berbunyi-bunyi.

Selepas menikmati hidangan tengah hari di bahagian BBQ sekitar glamping area, Cosmo meneruskan cabaran Skechers Challenge iaitu kesemua selebriti diberi masa selama 15 minit untuk OOTD dan flatlay dengan helaian daripada Skechers. Selebriti juga perlu memuat naik gambar dengan caption paling vavavoom di akaun media sosial masing-masing sebelum dinilai oleh Editor Cosmopolitan, Nisa’ Halid. Tak dinafikan, selebriti ini bersungguh-sungguh hingga basah baju mereka. Afifah Nasir dipilih sebagai pemenang kerana effort yang dilakukan serta caption menarik dalam masa yang ditentukan.

Bila sudah di sini, Cosmo rasa rugi jika tak cuba Lost World Adventure Park. Selebriti juga tak melepaskan peluang untuk mencuba Zip Line, di mana kamu akan tergantung menggunakan kawat zip. Nikmati keseronokan terbang sambil menyeberangi kabel sepanjang 120 meter di atas Tasik Cermin. Kembara kali ini membuatkan Cosmo terfikir bahawa teamwork amat penting dalam sebuah pasukan!

Pada malam terakhir, kami memilih untuk camping di glamping area untuk menikmati alam semula jadi pada waktu malam sambil bertemankan bintang dan bulan. Kami juga menghabiskan malam terakhir dengan menikmati barbeku yang disediakan oleh Lost World of Tambun. Kami juga sempat menenangkan fikiran dengan berendam di Lost World Hot Spring, sesuatu yang wajib kamu cuba jika berkunjung ke sini.

Rasa berat hati untuk mengakhiri Cosmo trip, tapi kami yakin tahun depan aktiviti seperti ini akan diadakan lagi. Selepas check-out, kami tak lepaskan peluang menikmati Nasi Ganja di Kedai Kopi Yong Suan. Setibanya di Blu Inc Media, Editor Cosmopolitan memberikan kejutan kepada selebriti dengan menghadiahkan baucar pemanduan 48 jam percuma daripada Socar untuk mereka cuba sendiri. Terima kasih kepada  semua yang terlibat merealisasikan Cosmo Travel tahun ini!

Tubuh saja genit, tapi suara saya satu dewan boleh dengar (macam tertelan speaker!). Seorang yang periang dan suka record diri sendiri memasak, sesuailah dengan column saya – Lifestylist. Lavish holiday is so me. Nampak macam manja tapi can get the job done. Saya kaki karaoke dan orang kata suara saya seperti Ning Baizura. When it comes to navigation, I am the best!

Lifestylist