Keenakan Pastri Paris Yang Tak Terkata! - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Keenakan Pastri Paris Yang Tak Terkata!

Bonjour! Kamu peminat pastri? Berita baik kerana kamu tak perlu terbang ke Paris untuk menikmati pastri yang enak. Laduree telah membuka pintu pertamanya di Pavilion dan kini sedang mengembangkan sayapnya di aras 1, Bangsar Shopping Centre.

Ladurée, nama yang tak perlu diperkenalkan lagi dan mempunyai sejarah sejak 157 tahun dahulu. Cosmo diberi peluang untuk menikmati sajian manis dan savoury di sini.

Dimulakan dengan hidangan Pink Avocado Toast yang cukup cantik, haih, belum masuk mulut pun kamu sudah tahu ia sedap. Gabungan hummus, avokado, radish dan home made brioche toast buatkan kamu terus mengunyah tanpa henti. Toast yang rangup di bahagian tengah dan tepi dilengkapi kemanisan avokado serta hummus dan radish.

Tak lengkap food hunting kamu jika tak cuba hidangan signature iaitu French toast bersama sirap maple dan chantilly. By the way, French toast adalah hot item ya dan selalu habis cepat!

Bila sebut Laduree, kamu terbayang macaroon bersama set high-tea! Tak salah sekali-sekala kamu manjakan tekak dengan scones, macaroon, aneka sandwic, kek dan banyak lagi bersama teh. Harga cukup berpatutan iaitu RM180 untuk dua orang. Yum!

Jika kamu merancang berkunjung ke tea salon ini, ia terletak di Pavilion Kuala Lumpur, Lot 3.32, Level 3, Couture Zone. Waktu operasinya dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Cuba okey, pasti takkan menyesal!



Tubuh saja genit, tapi suara saya satu dewan boleh dengar (macam tertelan speaker!). Seorang yang periang dan suka record diri sendiri memasak, sesuailah dengan column saya – Lifestylist. Lavish holiday is so me. Nampak macam manja tapi can get the job done. Saya kaki karaoke dan orang kata suara saya seperti Ning Baizura. When it comes to navigation, I am the best!

Lifestylist