Kawal 7 Emosi Kamu Dengan Aromaterapi - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Kawal 7 Emosi Kamu Dengan Aromaterapi

Kita sering bercakap tentang kuasa wangian yang mampu mencetus perasaan gembira, kasih sayang dan positiviti. Tapi jangan lupa ia juga boleh mencetus perasaan sebaliknya. Jom kenali aroma apa yang patut kamu hidu kala perasaan negatif mula berputik…

Bila rasa cemas

Aroma geranium meringankan mood dan perasaan cemas sementara patchouli membantu menenangkan. Jadi jika kamu sering ada perasaan cemas, cuba pakai sesuatu dengan aroma itu setiap hari seperti Neal’s Yard Remedies Rose & Geranium Deodorant, RM81. Siapa sangka bau ketiak boleh menenangkan!


Foto: Freepik

Bila rasa ditenggelami pelbagai perkara

Kamu mahu segala perkara yang mendesak itu senyap seketika kerana perasaanmu perlu waktu untuk pulih dan menangani setiap perkara satu persatu dan bukan semuanya sekali gus. Kesturi putih, kamomil dan juniper antara aroma yang boleh ‘mendiamkan’ tenaga yang masuk bertubi-tubi.  Fresh Sake EDP 100ml, RM415 tak ada sake tetapi adunan vanila, kesturi dengan bunga-bunga putih.

Secawan teh kamomil juga dapat membantu menenangkan serta membantu kamu tidur lena.

Foto: Freepik


Bila rasa tertekan

Aroma tanah dan kayu-kayuan seperti lumut, vetiver serta setanggi sejak turun-temurun lagi dikatakan dapat mengembalikan keseimbangan, ketenangan dan tenaga. Kamu mungkin mahu capai aroma begini untuk ringankan tekanan (cuba sembur sedikit pada bantal dan tidur sekejap). Jo Malone Bronze Wood & Leather Cologne Intense 100ml, RM676.

Bila rasa marah

Ada bukti yang mengatakan orang lebih mesra dan baik hati di kedai kopi, kedai roti kerana aroma enak yang menenangkan beri kesan begitu kepada kita (terbayang pula croissant panas baru keluar oven!). Nota seperti vanila, kayu manis serta kopi, aroma lemak manis boleh segera buat kamu tak jadi nak mengamuk. Mandi dulu! The Body Shop Warm Vanilla Shower Gel 250ml, RM33.

Foto: Freepik

Bila rasa penat

Penat tubuh boleh juga berehat, penat otak memang terasa bebanan di jiwa. Kembalikan kecerdasan dan kesegaran dirimu dengan nota pudina dan juga sitrus. Ia seperti membawa tenaga baru dan juga menyuntik rasa gembira di jiwa. Pinggan tak basuh satu sinki? “Sayang! Turn you cuci pinggan!” This Works Morning Expert Wake-Up Drops, RM90.

Bila kamu tiada kawalan, vulnerable

“Aroma yang mengingatkan kita kepada zaman kanak-kanak boleh mententeramkan jiwa. Vanila, caramel, susu pekat dan buah-buahan lembut terasa seperti pelukan,” kata pencipta wangian Ruth Mastenbroek. Aroma bedak bayi juga dapat mewujudkan perasaan selamat. Herbivore Coconut Milk Bath Soak, RM81

Bila rasa patah hati

Nota-nota amber, pine serta cypress amat membantu. Seolah kamu mencari ketenangan di kawasan tinggi yang ada pokok-pokok begini. Gabungan Siberian fir, balsam fir dan cedar dengan nota aromatik selasih dan sage di dalam lilin Diptyque Protective Pine Candle, RM329 ini dikatakan mampu menyelimuti sesiapa yang menyalakannya dengan aura perlindungan.

Flower vector created by rawpixel.com – www.freepik.com
Flower photo created by freepik – www.freepik.com
FCoffee photo created by freepik – www.freepik.com

Pertama kali berjumpa orang akan ingat saya garang (memang pun!) dan sombong (langsung tak!)… Tapi bila buka mulut, semua ‘hancur’. Beauty is my passion but I keep me natural most of the time. Menyanyi dalam kereta adalah terapi saya. I love music and travelling, jadi sila ajak saya jalan-jalan. Jangan serabutkan otak dengan perkara negatif, belajar untuk ‘let it gooo, let it gooo…’, kamu akan menjadi seorang yang lebih bahagia.

Beauty Guru