Katy Perry Umum Kehamilan Menerusi Muzik Video Terbaru
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Katy Perry Umum Kehamilan Menerusi Video Muzik Terbaru

Berita yang paling dinantikan, bukan saja daripada peminat malah Katy Perry sendiri. Katy hari ini melancarkan single terbarunya berjudul Never Worn White, dan secara langsung mendedahkan kehamilannya.

Ini adalah kehamilan pertama Katy kerana dia sebelum ini sememangnya mencuba untuk hamil ketika perkahwinan pertamanya dengan comedian kelahiran British, Russell Brand. Bagaimanapun, perkahwinan mereka hanya bertahan selama 14 bulan.

Katy, 35, dan tunangnya aktor Orland Bloom, 43, bakal menimang cahaya mata sulung mereka pada musim panas, sekitar bulan Jun atau Julai. Tidak mendedahkan usia kandungannya, Katy begitu teruja berkongsi berita gembira ini.

“I’m excited, we’re excited, and happy. It’s probably the longest secret I’ve ever had to keep.’I thought I would tell you guys in the best way through a piece of music”, dedah Katy yang telah lama menahan diri untuk mengumumkan kehamilannya.

Menurut Katy dia akhirnya berasa bebas dan tidak perlu lagi memakai baju bersaiz besar atau membawa beg tangan besar untuk menutup baby bump. Bercerita mengenai kisah di sebalik lagu terbarunya, Katy berkata dia memang tidak pernah memakai baju berwarna putih kerana merasakan warna itu tidak sesuai dengannya.

“Cause I’ve never worn white/But I wanna get it right/Yeah, I really wanna try with you. No, I’ve never worn white/But I’m standin’ here tonight/Cause I really wanna say ‘I do”, luah Katy yang mengakui dia memakai gaun putih ketika dilamar oleh Orlando.

Katy dan Orlando bertunang pada sambutan Hari Valentine 2019 dan sedang dalam perancangan melangsungkan majlis perkahwinan. Orlando yang sebelum ini berkahwin dengan supermodel Miranda Kerr, dikurniakan seorang anak lelaki bernama Flynn Christopher Bloom, 9 tahun.

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness