Kate Middleton Bimbang Hubungan Dengan Prince Harry Akan Terjejas
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Kate Middleton Bimbang Hubungan Dengan Prince Harry Akan Terjejas

Kate Middleton Bimbang Hubungan Dengan Prince Harry Akan Terjejas

Ekoran keputusan Meghan Markle dan Prince Harry untuk meninggalkan keluarga kerabat, Kate dilaporkan sangat kecewa dengan tindakan mereka dan mengatakan dia sangat merindui Harry serta ingin kekal berhubung.
Kate Middleton Bimbang Hubungan Dengan Prince Harry Akan Terjejas
Foto: whowhatwear.com

Satu laporan daripada Us Weekly mengatakan Kate bimbang mengenai hal itu memandangkan dia telah berpindah ke Kanada selepas meninggalkan tugasan keluarga Diraja. Laporan tersebut mengatakan Kate telah menangis atas apa yang terjadi dan tak pasti jika mereka akan kekal rapat.

“Dia tak ada masa untuk rehat dan apabila tiba waktu tidur, fikirannya tak tenang,” jelas sumber tersebut.”Dia berharap dapat bercakap dengan Harry. Dia sangat rindukannya dan bimbang tak akan rapat seperti dulu lagi.”

Image result for kate middleton prince harry"
Foto: etcanada.com

Selain itu, Kate tertekan dengan tugasan kerja yang harus dipikulnya setelah Meghan dan Harry melepaskan tugasan mereka. Dia mempunyai tiga orang anak: Prince George, Princess Charlotte dan Prince Louis. Oleh itu, sukar untuknya melakukan tugasan baru. “Dia kini risau tentang bagaimana nak bahagikan masa untuk keluarga dan tugasan Diraja.”

Artikel asal: Starr Bowenbank (Cosmopolitan.com)

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker