Teman Lelaki Digelar Toyboy, Kate Beckinsale Naik Angin
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Teman Lelaki Digelar Toyboy, Kate Beckinsale Naik Angin

Setelah berpisah dengan Pete Davidson pada April 2019, kini Kate Beckinsale dilaporkan menjalin hubungan dengan seorang lagi jejaka muda bernama Goody Grace.
Foto: Women’s Health

Goody adalah penyanyi berumur 22 tahun yang berasal dari Kanada. Ini bermaksud dia dan Kate mempunyai jarak umur sebanyak 24 tahun – menyebabkan mereka menerima banyak tohmahan daripada netizen.

Goody Grace | The Neighbourhood Wiki | Fandom

Kate telah menerima komen di Instagram yang berbunyi “Try and see if your new tom boy will adhere.” Kate merasakan orang tersebut cuba mengeja ‘toyboy‘ dan membalas, “Try and see if you can spell and not just goon yourself straight out the gate.”

Kate dan Goody sudah menjalin hubungan selama empat bulan dan mereka juga kuarantin bersama di rumah Kate di California. Berdasarkan satu sumber daripada People, Kate tidak kisah langsung tentang isu umur. Sumber tersebut berkata, “They have fun dan Kate bahagia. Umur Goody bukan satu isu buatnya. Itu hanya nombor saja.”

Artikel asal: Shannon Barbour (Cosmopolitan.com)

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker