Kamu Tak Dapat Mendengar Dengan Jelas? Ini Puncanya
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Kamu Tak Dapat Mendengar Dengan Jelas? Ini Puncanya

Kamu Tak Dapat Dengar Dengan Jelas? Mungkin Ini Puncanya

Semakin ramai millennial kini menghidapi kerosakan pendengaran yang tidak dapat dipulihkan. Baca ini sebelum terlambat.

Prev1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kamu Tak Dapat Mendengar Dengan Jelas? Ini Puncanya

Foto: Depositphotos

Satu daripada lima millennial berusia 20 ke 29 tahun sudah menghidapi kerosakan pendengaran, menurut kajian yang diterbitkan oleh Centers for Disease Control and Prevention (CDC) di Amerika Syarikat. Dan 1.1 bilion generasi muda seluruh dunia berisiko untuk hilang pendengaran, mengikut statistik daripada World Health Organization (WHO). Kebanyakan yang menghidap penyakit tersebut tidak tahu mengenainya – di mana ia menakutkan kerana jika kamu hilang salah satu bahagian pendengaran, it’s gone forever.

Tidak mengejutkan lagi, perkara ini sering terjadi dek kerana teknologi dan bagaimana kamu menggunakannya. Earbuds fokus pada bunyi dan salurkannya terus ke gegendang telinga kamu. Jadi efeknya terhadap pendengaran kamu lebih kuat dan serius.

Bagaimana pula dengan muzik yang dimainkan di gim? Ia mungkin boleh bantu kamu meningkatkan mood ketika bersenam tapi ia boleh merosakkan pendengaran kamu (kajian menunjukkan audio di beberapa kelas senaman boleh mencecah 94 decibels [dB], lebih tinggi berbanding recommended noise-exposure limit of 85dB).

Kita dilahirkan dengan lebih kurang 16,000 sel rambut di dalam setiap bahagian dalam telinga yang bantu menukar gelombang bunyi kepada isyarat elektrik untuk otak kamu. Sel ini akan membengkok apabila terdedah kepada bunyi kemudian akan lurus semula. Tapi ia umpama rumput: Jika kamu pijaknya untuk seketika, ia akan kembali ke bentuk asal semula. Jika kamu pijak dan lompat di atasnya berulang kali, rumput tersebut tidak akan kembali ke bentuk asal lalu mati. Trampled hair cells don’t regenerate.

Satu berita gembira: Kehilangan pendengaran akibat bunyi bising bergantung pada jumlah dan tempoh masa. Ini bermakna kamu perlu dengar pada sesuatu pada tahap 85 decibles lapan jam tanpa henti untuk mengakibatkan kerosakan. Pada kadar 100dB, tetingkap telinga kamu mengecut dalam masa 15 minit.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor